Visualisasi Bukaan Vagina Semasa Bersalin

Shares

Visualisasi dan emosi yang tenang sangat penting untuk bersalin dalam keadaan tenang, intact perineum (tak koyak) dan baby lahir selamat dan mudah.

Vagina kita mempunyai otot yang elastik. Ia mampu meregang dan mengecut semula ke bentuk asal. Kalau betul jaga makan dan rajin buat senaman kegel, vagina ibu anak berderet tetap boleh ketat seperti masa mula-mula kahwin.

Baiklah, hari ini saya nak kongsikan visualisasi saya istimewa untuk tempoh bersalin nanti.

Bagi saya penting untuk membayangkan yang indah-indah supaya kurang tekanan pada bahagian vagina, baby mudah meluncur keluar dengan selamat dan sihat, dan pada masa yang sama vagina cantik intact.

Relatif Saiz Vagina Semasa Bersalin

Sebelum itu, saya kongsikan terlebih dahulu relatif bukaan vagina semasa kita bersalin nanti.

Credit gambar : Kiddicare.com

 

Realiti Kepala Baby Semasa Keluar

Masa mula-mula lihat gambar yang relatif dengan bukaan vagina, saya agak sukar memahami, macam mana vagina yang kecil ini boleh terbuka dengan sangat luas dan besar untuk muat kepala baby?

Kemudian saya jumpa gambar kepala baby sedang keluar dari rahim, baru nampak sedikit sebanyak logik di sini.

Credit gambar : Pinterest

Kepala baby memang besar. Tapi ia keluar sedikit demi sedikit supaya tak beri tekanan pada vagina dan tidak merosakkan vagina.

Kita sebagai ibu bersalin pun, tak perlu push atau teran untuk keluarkan kepala baby supaya vagina tak terlalu pressure. Cukup breath out.

Kalau vagina pressured, ia akan koyak dan memerlukan jahitan.

Rujuk artikel saya sebelum ini untuk pengenalan kepada breathing semasa bersalin :

Visualisasi Kelopak Bunga Rose

Untuk lebih tenang dan mampu follow the surge (contraction) semasa in labor nanti, saya suka visualize kelopak bunga rose yang sedang mekar berkembang.

Rujuk gambar di bawah.

Credit gambar : http://visualizingbirth.org/172772144

Asalnya bunga rose ini adalah sekuntum bunga yang kudup, belum mekar.

Hitam di tengah kelopak bunga rose ini saya andaikan sebagai kepala baby yang sedang keluar secara perlahan-lahan, gently.

Semakin kepala baby keluar, semakin mekar kelopak bunga rose, semakin cantik kelihatan.

Baby akan keluar di tengah-tengah bunga rose yang berkembang mekar.

How does that sound?

Better, kan 🙂

Cuba lah nanti ya.

P.s : Untuk belajar lebih lanjut teknik dan cara visualisasi semsa bersalin yang betul, saya sarankan ibu mengandung untuk sertai Kelas Persediaan Bersalin HypnoBirthing. Boleh sertai mana-mana kelas di bawah dari certified practitioner

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.