UPT Terbaik Yang Pernah Saya Guna Untuk Kesan Kehamilan

Shares
Sebelum jumpa doktor untuk sahkan kehamilan, biasanya kita akan cek dulu di rumah menggunakan UPT .(Urine Pregnancy Test)Banyak UPT yang terdapat di pasaran, tapi antara yang paling bagus adalah Clear Blue.

Clear Blue boleh detect kehamilan seawal usia kandungan 2 minggu, iaitu semasa fetus baru nak menempel di pintu rahim.

Ada 2 jenis UPT Clear Blue

  1. Positif atau NegatifJenis yang terus maklumkan kita hamil atau tidak.

    Jenis ni dia bukan paparkan double line, tapi paparkan tanda simbol ‘+’ untuk positif, atau ‘-‘ untuk negatif.

    Jadi ibu tak perlu besar-besarkan mata untuk pastikan sama ada betul atau tidak ada double line atau tidak

  2. Usia KandunganJenis yang kedua ini sedikit canggih, ia boleh memaklumkan usia kandungan bayi anda.

    Biasanya kalau UPT maklumkan usia kandungan baru 2 minggu, gynae pun tak dapat detect kecuali buat ujian darah.

    Ini kerana usia 2 minggu adalah terlalu awal, kemungkinan kandungan Hcg (hormon yang dirembeskan oleh fetus ke dalam darah ibu) adalah terlalu sedikit

UPT ini boleh didapati di mana-mana farmasi termasuk Guardian. Biasanya harganya dalam RM 30+

Ibu yang rasa macam hamil, tapi rasa awal lagi, dan terasa nak test UPT, anda sangat disarankan untuk menggunakan Clear Blue.

UPT jenama lain mungkin menunjukkan negatif, tapi UPT ini dapat mengesan se awal fetus mula menempel, maka ia boleh menunjukkan keputusan seawal 1-2 minggu.

Khadeejah Hasmad

WhatsApp : 019 477 3457

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.