Tips Mudah Bantu Pasangan Untuk Urus Baby

Shares

Lain pasangan, lain yang mahir urus baby.

Macam Adik saya dan suami dia, masa mula-mula mereka dapat anak pertama, Adik saya kaku dan panik nak buat macam mana bila baby menangis.

Sebaliknya suami beliau yang tolong ajar cara tenangkan baby, cara dodoi dan macam-macam lagi.

Macam saya dan suami, terbalik pula.

Suami saya perlukan bantuan untuk memahami perangai baby.

Usah sesekali sangka yang suami kita tak nak tolong kita jaga baby, tapi dah memang mereka tak faham baby dan sebagai pasangan, tugas kita untuk bantu guide mereka.

Father Holding Newborn Baby Son In Nursery

Bila suami turut bantu isteri uruskan baby, insya-Allah suami akan lebih hargai isteri. Tapi isteri pun tak perlu lah nak membebel panjang. Kita pun kalau suami bebel, kita tak suka, kan.

Jadi cukup dengan beri senyuman kepada pasangan dan beritahu apa perlu dilakukan bila baby menangis. Beri kepercayaan kepada pasangan untuk cuba sesekali tenangkan baby.

Insya-Allah lama-kelamaan pasangan kita akan mahir mengalahkan kita 🙂

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755
WhatsApp : 019 477 3457

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.