Tips Kekal Romantik Suami Isteri Semasa Mengandung

Shares

Bila mengandung, yang mengandung hanyalah isteri. Suami tak mengandung.

Melainkan ada special case, bila isteri mengandung, suami yang terkena alahan seperti loya dan muntah-muntah, macam jiran saya.

Masa-masa mengandung ini terdapat pasangan yang makin menjauh hati antara satu sama lain. Ada juga yang semakin rapat dan intim.

Yang semakin menjauh ini bukan apa, banyak salah faham yang tak diselesaikan secara bersemuka.

1/ Isteri ingat suami saja buat tak memahami

Kadangkala kita isteri sangka yang suami kita seolah-olah tak memahami keadaan kita semasa mengandung, atau layan kita macam hari-hari biasa seolah-olah kita tidak mengandung.

Ada para isteri kecil hati dengan situasi ini.

Yang sebenarnya lelaki memang perlu bantuan dari isteri sebab mereka tak pernah go through perubahan emosi dan hormon semasa mengandung, mereka juga tiada idea macam mana hormon boleh buat seseorang haywire.

Isteri perlu beritahu suami dengan lemah-lembut, bukan dengan membebel (saya pun tak suka orang membebel)

Contohnya kita selama ni setiap hari masak 4 kali di rumah, tapi bila mengandung, nak masuk dapur pun tak lalu.

Dah lah bila suami belikan makanan, kejap rasa nak tapi lepas suami bawa balik makanan tu, kita tiba-tiba rasa tak lalu.

Keliru suami.

Kita kena lah bagitahu yang kita pun sedang confuse dengan perubahan diri sendiri. Beritahu apa yang kita perlukan, iaitu just need him to be nearby and close. Tak nak suami marah-marah atau komplen.

Pujuk suami cakap “Sekejap je ni. Insya-Allah habis trimester pertama, rasanya hilang lah perangai pelik ni.”

Kita acknowledge diri sendiri dan pada masa yang sama bantu suami untuk memahami perubahan yang berlaku pada diri kita.

Mula-mula mungkin masing-masing ada perselisihan faham, tapi lama-lama Insya-Allah things will go easy dan suami pun lebih faham apa kita mahu.

Kalau tak cakap, suami tak tahu.

2/ Suami kecil hati isteri dah tak mahu buat hubungan intim

Contoh lain adalah seperti hubungan intim suami isteri.

Ini pun kalau tak selesa, maklumkan terus kepada suami. Jika suami anggap kita sengaja cari alasan, cuba Google sama-sama kenapa tiba-tiba kita ada masalah ini.

Sama-sama cuba faham situasi yang sementara ini, insya-Allah tempoh mengandung akan menjadikan hubungan suami dan isteri bertambah rapat.

Saya selalu ingatkan diri yang mengandung adalah fasa perkenalan untuk baby lahir kelak.

Selepas setiap kelahiran anak, hubungan suami isteri akan bertambah teruji. Pertambahan ahli keluarga yang baru menuntut lebih banyak sikap lapang dada, sabar dan tolak ansur antara satu sama lain.

Nak menjaga anak ni bukan mudah.

Jadi lalui tempoh mengandung dengan senyuman. Apa-apa yang kecil hati atau tak puas hati dengan pasangan, terus beritahu.

Tapi ingat, jangan membebel. Straight to the point. Lebih bagus beri cadangan kepada pasangan tentang apa yang kita rasa dia boleh buat untuk improvement.

Orang lelaki memang selalunya agak clueless tentang wanita. Orang perempuan pula gemar buat andaian. Masing-masing kita pun perlu sentiasa perbaiki diri.

Have a joyous pregnancy journey!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.