Tips Intact Perineum (Vagina Tak Koyak) Semasa Bersalin : Pengalaman Peribadi Saya

Shares

Masa anak pertama, banyak juga jahitan di bahagian vagina selepas bersalin. Saya banyak belajar dari pengalaman yang satu ini.

Jadi untuk kelahiran anak kedua, saya berazam buat sesuatu yang berbeza.

Untuk vagina tak koyak semasa bersalin:

1- Emosi ibu kena tenang

Emosi yang tenang akan memudahkan bukaan rahim. Pilih siapa nurse yang bakal bersama dengan ibu semasa bersalin nanti.

Biasanya nurse yang akan teman ibu di labor room sepanjang ibu in labor, bukan Gynae. Gynae biasanya hanya akan datang semasa ibu baru masuk, dan semasa baby nak keluar.

Jadi walaupun Gynae ibu memang memahami kehendak ibu yang nakkan kelahiran gentle natural birth, ibu pun mesti pastikan yang nurse yang bakal attend ibu in labor pun, know the same thing.

If we have to pay more, so be it. It is for our baby and our own safety and satisfaction during birth.

2- Jangan push baby. Practice Breathing Out.

Bayangkan bila kita sembelit, kalau kita teran, nanti rasa macam ada luka pada bahagian dubur. Sakit kan bila masa basuh.

Begitu juga lah masa bersalin baby.

Kalau kita push, kita sebenarnya sedang mengenakan force yang kuat pada vagina dan menyebabkan vagina koyak dan memerlukan jahitan.

Cara yang terbaik adalah Breath Out the baby.

Sebelum ini saya ada kongsikan teknik Breathing semasa Practice Labor (Braxton Hicks)

Selepas kita tarik nafas, kita hembus nafas (breath out) into the body. Bukan ke luar melalui mulut, tetapi into the body.

Jadi masa kita dah rasa sembelit nanti masa kepala baby dah nak keluar, bila ada gesaan nak push tu, kuat-kuat kita breath out the baby sambil bayangkan kepala baby keluar.

Bukan push. Tapi breath out.

Yes, Alhamdulillah it works for my birth of my second and third daughter by far.

Masa gesaan push datang, memang saya terasa nak push. Saya cuba push tapi rasa letih.

Kemudian suami instruct saya untuk breath out, Alhamdulillah rasa lebih relax dan baby keluar dengan sangat mudah.

Bila check dengan Gynae, Alhamdulillah Gynae kata tiada koyak langsung pada vagina saya. Syukur.

3- Practice Breathing Out

Jadi masa bila nak praktis Breath Out the baby ini?

Bagus mula praktis semasa kita sembelit semasa mengandung. Cuba Breath Out najis kita, jangan push.

Cuba rasakan betapa leganya dubur bila kita tak push. Bila Breath Out, kita tak rasa penat dan kita juga lebih bertenaga.

This practice is vital for me.

Credit gambar : themandalajourney.com dan hypnobirthing-online.com
Imagine the baby is coming out smoothly with each breathing out.

4- Perineum Massage, konsisten sebelum bersalin

Perineum massage adalah urutan di bahagian perineum untuk buat ia lebih elastik.

Kalau tak buat urutan, keras kat bahagian situ. Bila kepala baby yang besar nak keluar, lebih mudah bila perineum kita elastik, macam getah; diregang pun tak patah dan boleh kembali ke bentuk asal.

Biasanya saya buat pada trimester ketiga. Perlu konsisten buat setiap hari.

Salah satu video YouTube yang anda boleh rujuk untuk cara buat Perineum Massage :

P.s : Untuk belajar praktikal Breathing Out dan Perineum Massage, saya sarankan anda untuk sertai Kelas HypnoBirthing. Anda boleh klik mana-mana website di bawah untuk sertai kelas dari certified practitioner :

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.