Tips Elak Gugur : Ini Nasihat Gynae Saya

Shares

Saya pernah mengalami keguguran iaitu sewaktu kehamilan kedua. Waktu itu anak sulung saya dah berusia dalam hampir 2 tahun.

Saya keguguran pada trimester pertama. Mula-mula darah keluar sedikit tetapi kemudian ia keluar dengan sangat banyak tak terkawal.

Saya tak rasa sakit semasa pendarahan. Namun bila buat pemeriksaan, memang bayi sudah tiada.

Saya minta doktor untuk check sebab sebenar kenapa saya gugur. Adakah disebabkan oleh pemakanan, atau persekitaran atau apa-apa sahaja.

Saya jenis tak suka andaian.

Setelah keputusan ujian darah keluar, doktor terangkan kepada saya yang berikut.

Baby saya gugur bukan disebabkan saya salah makan apa-apa, tetapi sebab baby itu sendiri ada deformation. Katakan lah baby tersebut berjaya dilahirkan, kemungkinan besar dia tak cukup sempurna fizikal.

Jadi bersyukur lah.

Ibu yang sedang mengandung mempunyai masalah sistem imun yang sangat rendah dari manusia biasa.

Boleh jadi bakteria dari udara seharian, yang biasanya tak mempengaruhi kesihatan, pun akan mengganggu pertumbuhan baby kalau sistem imun ibu rendah.

Jadi, untuk kuatkan sistem imun semasa mengandung, nasihat Gynae tersebut untuk kehamilan saya akan datang :

🔖 1/ Banyakkan makan protein

Protein menguatkan sistem imun ibu. Contoh makanan berprotein adalah seperti ikan, ayam dan kacang soya.

🔖 2/ Buat senaman ringan

Bila kita bersenam, sistem imun kita akan turut aktif dan sama-sama bergerak. Tapi bila kita asyik duduk, baring dan pasif; sistem imun kita juga akan pasif.

Apabila sistem imun pasif, ia tak mampu melawan bakteria walaupun bakteria lemah dari udara.

Secara tak langsung ini akan menyebabkan pertumbuhan baby pada trimester pertama terdedah kepada risiko keguguran.

Gynae saya nasihatkan saya untuk sekurang-kurangnya berjalan kaki selama 30-45 minit sehari.

Jalan biasa-biasa sahaja. Tak perlu jogging.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang pernah mengandung, tetapi keguguran dan sedang berusaha untuk mengandung semula.

Salam Sayang,

Khadeejah Hasmad

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.