Tidur Semasa Mengandung : Kenapa Tak Digalakkan Letak Bantal di Antara Kaki

Shares

Sebenarnya posisi apa pun nak tidur masa mengandung ok je asalkan kita selesa.

Cuma perasan tak kadang-kadang bila kita bangun tidur nanti rasa sakit pinggang lah, kebas kaki lah, bengkak pada vagina makin membesar, etc.

Semua perkara di atas sebenarnya ada kaitan dengan posisi kita tidur.

Sebelum ini ada saya kongsikan yang tidur mengiring adalah lebih baik untuk pengaliran darah yang lancar buat ibu dan baby, juga untuk elakkan sakit belakang dan sakit pinggang.

Selain dari posisi tidur, posisi bantal pun memainkan peranan untuk keselesaan tidur ibu mengandung

Bantal bagus di letakkan di bawah satu kaki, bukan di kepit antara dua kaki.

Ini kerana, bila kita kepit bantal, kaki bahagian bawah tu akan dapat tekanan dari kaki atas dan juga dari bantal.

Tekanan ini akan menekan salur darah pada kaki. Dah lah pengaliran darah kita semakin perlahan asbab mengandung, kena pula tekan dengan beban, bertambah-tambah lah perlahan.

Ini secara tak langsung akan menyebabkan urat di kaki atau urat di vagina makin timbul, membengkak dan susah untuk surut.

Bila urat-urat ini membengkak, kita akan sering rasa tak selesa.

Letak bantal di mana-mana bahagian

Sebagai contoh letak bantal di bawah payudara sebab semasa mengandung, payudara kita akan mula rasa tak selesa.

Ianya sedang menyediakan kelenjar susu untuk baby. Kadang-kadang kita akan rasa macam bengkak.

Cuba letak bantal di bawah payudara semasa tidur untuk tidur lebih selesa.

Ibu mengandung juga boleh letak bantal di mana-mana bahagian tak selesa seperti di belakang badan, bawah kaki dan bawah perut semasa mengiring.

Pilihan bantal ibu mengandung

Kalau nak tahu, di pasaran ada banyak jenis bantal khas untuk ibu mengandung.

Saya sendiri memang pakai bantal yang berbentuk U. Memang sangat selesa. Pusing kiri atau pusing kanan pun rasa segala bahagian badan supported.

Kalau ibu-ibu nak cuba bantal mengandung di pasaran, saya sangat galakkan. Bila kita selesa semasa tidur, baby pun sihat dan pengaliran darah pun lancar.

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.