Senarai Pakej Berpantang, Orang Tolong Jaga Semasa Pantang

Shares

Masa pantang Muhammad, anak pertama saya dulu, mak dan adik-beradik jaga sekejap, dan kemudian suami sambung jaga.

Jaga ni just in term of tolong masak, basuh baju, tolong jaga baby kejap sementara kita dalam toilet, etc.

Mak saya sendiri tak pernah strict berpantang, jadi kami adik-beradik pun pantang asal rehat je.

P.s : Tapi at the age of 50-s Alhamdulillah Mak Apak saya masih romantik dan saya perasan badan mak cergas, boleh jogging setiap petang atau pagi, boleh gardening petang-petang, etc.

So saya buat kesimpulan, kalau tak pantang beriya pun Insya-Allah boleh jaga badan dan hubungan suami isteri. It’s about lifestyle the whole life. Not just that one moment after childbirth.

Masa kelahiran anak kedua, masih lagi suami uruskan kami anak-beranak.

Kenapa Rasa Nak Cari Pembantu Jaga Semasa Pantang

Masuk kelahiran anak ketiga, saya dah kesian tengok suami sebab macam kelam-kabut beliau nak uruskan 2 anak kecil, tambah dengan nak uruskan saya dan baby baru lahir.

Saya tiada masalah nak bergerak apa pun. Cuma risau bentan je. Saya dah pernah merasa bentan, jadi bulan pertama bersalin memang saya berjaga dari banyak bergerak.

Jadi untuk kelahiran anak yang seterusnya ini, saya nekad nak cari confinement lady yang boleh tolong uruskan saya terutamanya bab masak makanan dan uruskan saya. Tapi kalau boleh nak elakkan makcik-makcik sebab biasanya orang tua-tua suka bagi restriction itu ini, nanti bertambah stress pula saya.

Tuam perut mesti kena panaskan hot water bottle tu, urutkan saya tanpa perlu suami tercari-cari mana makcik urut yang available, etc.

Urut memang saya suka sebab rasa sedap badan lepas berurut.

Tapi jamu saya tak amalkan sejak minggu kedua pantang anak pertama. Tak buat rasa segar. Jadi saya beralih ke supplement Shaklee yang set untuk berpantang. It works the same concept, providing the right nutrition for mother’s healing body after childbirth.

Saya dan adik-beradik memang tak minta bantuan Mak sebab we all know Mak mesti nak rehat di usia emas ni. Masa Adik saya pantang di rumah Mak pun, saya tolong jagakan sekali sebab kesian lah kalau semua Mak kena buat.

Mak’s presence is soothing and give calming effect, but we don’t ask for Mak’s help to assist us in everything.

Ya, kami 4 anak perempuan Mak (lagi sorang belum kahwin) yang dah beranak-pinak memang biasa dah pantang sendiri-sendiri.

Senarai Agensi Servis Pantang

Ok long story cut short, saya Google dan jumpa ringkasan confinement service dari blog Dorsett Pink.

Oh mudah sebab siap ada link review. Terima kasih ya Dorsett Pink.

Saya senaraikan di sini mana yang saya pun dah survey.

1/ Natalis Mothercare

Pertama kali dengar masa Siti Nurhaliza (CTDK) bersalin. Bila Google pakej pantang, memang nama Natalis ni je banyak keluar.

Mungkin juga sebab artis ramai ambil servis mereka, jadi follower artis pun ambil pakej yang sama.

Mereka sediakan makanan sejurus selepas CTDK bersalin. Wah very convenient. Nampak gambar makanan sedap-sedap.

Nak jaga orang dalam pantang ni bukan senang tau. Lagi nak fikir orang pantang nak breakfast apa, lunch apa; macam kita-kita lah nak masak hari-hari pun pecah kepala fikir. Kalau ibu pantang lagi lah nak kena jaga supaya cepat recover, kan.

We don’t really mind about the price as we value more how much it helps us to handle our growing family.

Bukan benda mudah nak urus anak-anak kecil di samping berpantang.  Bukan takat kena kuat fizikal je, emosi mak pak pun kena sama tahan. Fuh.

Tapi untuk tarikh kelahiran baby kami, Natalis ini dah penuh. Sob sob.

Hubungi : 010 – 387 4718

Facebook Page : Berpantang2u

Instagram : Natalis Mother Care

Harga Pakej :

 

 

 

2/ Mom Retreat Home

Review pakej pantang ni memang banyak yang puas hati. Main feature mereka adalah berpantang di premis mereka bersama anak dan suami.

Premis mereka menyediakan bilik berpantang yang selesa ala-ala hotel.

Bilik berpantang di premis Mom Retreat Home

Tapi mereka juga sediakan pakej untuk datang rumah balik hari.

  • Pakej basic cover urutan sahaja. Duration 2 jam.
  • Pakej premium cover urutan dan tolong masakkan lauk. Duration 4 jam.
  • Pakej flexi adalah macam pakej premium, tapi nurse stay bersama ibu sampai petang. Sebab ada kes ibu duduk sorang-sorang kat rumah sementara tunggu suami balik kerja, jadi better ada peneman supaya tak jadi post-partum depression pula nanti.

Hubungi : 012 – 287 8212

Facebook Page : Mom Retreat Home

Instagram : Mom Retreat Home

Website : Mom Retreat Home

Harga Pakej (saya ambil harga untuk yang datang rumah):

Summarise harga dari poster Mom Retreat Home yang saya dapat pada March 2018. Contact nombor dalam poster untuk ketahui apa yang di tawarkan dalam setiap pakej dan poster penuh.

3/ Fazrina Postnatal Care

Ini yang blogger Dorsett Pink tersebut ambil baru-baru ini. Baca pengalaman dia setakat ni macam ok.

So maybe boleh masuk consideration.

Hubungi : 017-289 5415

Facebook Page : Fazrina Postnatal Care

Instagram : Fazrina Postnatal Care

Harga Pakej :

4/ KakakAdek Confinement

Kalau Google, memang website ni top sebab buat mereka Adwords. Review ada banyak dalam website mereka.

Hubungi : 017-675 9218 / 010-357 1080

Facebook : KakakAdek Confinement

Instagram : KakakAdek Confinement

Website : KakakAdek Confinement

Harga Pakej :

5/ Blessed Beauty Confinement (saya akan update contact)

Ini adalah based on my friend’s recommendation yang dah ambil servis Kak Ice ni dalam lebih dari sekali.

6/ Leviera – Stay-in Sahaja (saya akan update contact)

Ini juga adalah based on my friend’s recommendation yang ambil Confinement Lady dari company ini untuk Stay-In for 14 days.

Antara pakej pantang lain boleh rujuk kompilasi rumah pantang di link ini.

Insya-Allah saya akan kongsikan review mengenai agensi pantang yang saya pilih. Rakan pembaca ada pengalaman dengan mana-mana confinement service agency? Jom kongsikan pengalaman anda  di ruangan komen.

Semoga semuanya ok ok lah. Ini pertama kali nak berpantang di jaga oleh stranger.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

No Responses

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.