Senarai Doktor (Gynae) Yang Mahir Menyambut Kelahiran Baby Songsang (Breech)

Shares
🍁 Senarai Doktor (Gynae) Yang Mahir Menyambut Kelahiran Baby Songsang (Breech)Sebenarnya baby songsang (breech) bukan lah fenomena tidak normal atau merbahaya. Zaman dahulu lagi kelahiran baby songsang adalah normal.

Cumanya mungkin kemahiran tersebut tidak diperturunkan.

Disebabkan itu zaman kini tidak ramai pakar yang mahir untuk menyambut kelahiran baby songsang sekaligus menyebabkan majoriti doktor beri kata putus untuk bersalin secara pembedahan.

Namun begitu, untuk ibu-ibu yang masih mencari alternatif doktor atau Gynae yang sedia terima, juga dah biasa sambut kelahiran baby songsang (breech) secara normal, anda boleh Save Post ini.

Saya senaraikan di sini nama beberapa Gynae  tersebut berdasarkan review dan pengalaman ibu-ibu yang pernah bersalin normal untuk baby songsang (breech).

P.s : Call dahulu hospital yang berkenaan untuk pastikan Gynae tersebut masih di situ. Set appointment.

Kemudian semasa appointment, bincang dengan mereka tentang posisi baby dan possibility untuk bersalin normal walaupun baby songsang (breech)

Kalau selama ini doktor anda jenis tak menyokong kelahiran normal untuk baby songsang, anda boleh nak tukar doktor di saat akhir pun, biasanya tiada masalah.

☘️ Hospital di Lembah Klang :

1. Dr Tan Ee Ping (doktor wanita), CT Women & Child Specialist, Taman Serdang
2. Dr Nor Fidak (doktor wanita), KPJ Rawang
3. Dr Charnjeet (doktor wanita), Hospital Selayang
4. Dr Nor Kedah (doktor wanita), Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak
5. Dr Idris, Hospital Pantai Bangsar
6. Dr Roslan, Hospital Selayang (tapi dengar dah berpindah ke KPJ Damansara)
7. Dr Ashar, Hospital Ampang Puteri
8. Dr Azmi, Hospital Putrajaya

☘️ Hospital di Luar Lembah Klang

1. Dr Norliza, Darul Makmur Medical Center, Kuantan
2. Hospital Besar Kuantan (HTAA)
3. Dr Matthew, Amanjaya Specialist Center Sungai Petani

Semoga bermanfaat.

Jika anda ada penambahan senarai doktor yang menyokong kelahiran normal untuk baby songsang (breech normal delivery), jemput untuk tambah di bahagian comment ya.

Seboleh mungkin sertakan sekali pengalaman bersalin breech normal delivery anda.

Insya-Allah saya boleh edit list ini.

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.