Senaman Yang Bagus Untuk Ibu Mengandung : Kegel

Shares
Senaman Kegel bagus untuk menguatkan otot ibu mengandung, otot yang terlibat semasa melahirkan bayi. Senaman ini juga mengelakkan ibu dari masalah kerap kencing dan masalah buasir.
Selepas bersalin pula, ibu yang mengamalkan senaman Kegel akan lebih cepat pulih di bahagian perineum dan menguatkan otot pelvik.
Apa itu senaman Kegel?
Ia adalah teknik kemutan.
Semasa buang air kecil, cuba tahan  kencing. Itu adalah kemutan. Lakukan untuk 5-10 saat, kemudian rehat.
Ulang 10-20 kali.

Credit : Dari Google, Trish McAlaster

Bila buat senaman Kegel?
Senaman ini boleh dibuat pada bila-bila masa termasuk masa berhenti di traffic light, semasa menanti giliran bertemu gynae dan semasa membaca buku.
Semoga bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.