Selamatkah Ibu Mengandung Naik Kapal Terbang?

Shares

Saya pernah tanya soalan ini pada Gynae saya waktu mengandung anak pertama. Masa itu saya perlu ke Labuan di waktu baby usia trimester pertama.

Ada kawan cakap, bahaya.

Tapi Gynae saya maklumkan tiada masalah.

Baby dalam rahim dilindungi beberapa lapisan. Kalau ibu terjatuh atas jalan sekalipun, rahim akan serap hentakan supaya baby tak rasa.

Setakat ini alhamdulillah sepanjang mengandung dan naik kapal terbang, kandungan saya sihat-sihat.

  • Masa mengandung anak pertama, merasa naik kapal terbang ke Labuan pada trimester pertama.
  • Masa mengandung anak ketiga, saya agak kerap ke luar negara bermula pada usia kandungan 4 bulan hingga usia kandungan memasuki 8 bulan.
  • Kali ini mengandung bayi ke-4, pun kerap juga bermula pada usia kandungan 5-minggu hingga ke usia kandungan 29 minggu.

Surat pelepasan dari doktor

Mengikut pengalaman saya surat ini tak wajib melainkan jika ibu risau apa-apa jadi.

Biasanya saya tak tunjuk surat kebenaran naik kapal terbang sebab perut tak nampak besar sangat walaupun dah masuj trimester kedua.

Saya biasa pakai pakaian longgar berwarna gelap untuk keselesaan diri sendiri semasa mengandung, agaknya sebab itu pihak penerbangan pun tak pernah perasan yang saya mengandung.

Tapi jika ibu risau, tunjukkan sahaja surat pelepasan tersebut semasa di kaunter tiket.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755
WhatsApp : 019 477 3457

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.