Selamat Kah Berenang Semasa Mengandung?

Shares

Berenang adalah sangat bagus untuk menguatkan otot dan jantung.

Otot yang kuat adalah penting untuk persediaan semasa bersalin nanti. Masa bersalin nanti pelbagai otot terutamanya di bahagian rahim dan kaki yang digunakan untuk bantu bersalin dengan tenang dan kurang sakit.

Aktiviti berenang juga bantu untuk kurangkan sakit pinggang dan lenguh badan terutamanya sebab badan kita semakin mengembang untuk beri ruang kepada baby yang semakin hari semakin membesar.

Credit gambar : floatsbc.com

Jantung yang kuat pula penting untuk kita breathing dengan betul dan tenang semasa in labor nanti.

Bila jantung kuat, kita nak follow the wave of the surge (contraction pun mudah) Boleh lah kurangkan sakit semasa in labor.

Sebelum mula berenang, pastikan kita lakukan aktiviti warm-up terlebih dahulu untuk elakkan otot tiba-tiba terkejut dan buatkan badan kita sakit-sakit.

Akhiri renang dengan aktiviti cool down dan elakkan dari terlalu aktif. Berenang sikit-sikit pun ok.

Risau chlorine dalam swimming pool

Chlorine dalam swimming pool adalah bertujuan untuk membunuh bakteria yang merbahaya kepada manusia.

Jadi berenang dalam swimming pool yang mengandungi kandungan chlorine adalah dikatakan selamat untuk baby dan ibu.

Namun begitu pastikan chlorine tidak terlalu banyak.

Anda suka berenang? Jangan berhenti bila dah sah mengandung. Ia selamat untuk baby dan ibu mengandung.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.