Sejarah : Dari Mana Asalnya Rasa Takut Bersalin Itu Muncul?

Shares

Ceritanya panjang, tapi saya pendekkan lah ya.

Pada zaman dahulu kala zaman ilmuwan Aristotle ( dan Hippocrates lagi, kaum wanita mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam masyarakat.

Wanita dipandang tinggi sebagai healers dan mahir bab rawatan. Tiada wanita ambil alih tugas lelaki untuk cari makanan dan sara hidup, tapi wanita tetap di sanjung tinggi.

Walaupun ada lelaki dalam bidang perubatan, tapi bila masuk bab wanita, lelaki tak campur tangan langsung. Betapa hormatnya lelaki pada wanita waktu itu.

Hingga ada banyak patung-patung wanita di ukir untuk menunjukkan betapa masyarakat zaman dahulu kala menyanjung wanita.

Di zaman tersebut wanita yang bakal bersalin akan ditemani oleh midwife, ahli keluarga dan juga suami masing-masing.

Bersalin adalah sebuah ‘celebration of life’, digambarkan sangat menggembirakan dan langsung tiada perkataan kesakitan yang wujud.

Catatan-catatan ilmuwan semua tiada perkataan ‘pain’ semasa mengambil nota mengenai keadaan semasa bersalin.

Zaman Gelap

Cerita panjang dipendekkan, tiba-tiba ada satu masa di gelar lebih kurang zaman gelap.

Beberapa figure penganut agama Kristian yang terpesong salah faham dengan ajaran agama mereka memulakan gerakan menjatuhkan golongan wanita.

Mula zaman ini, wanita di anggap sebagai ‘Curse of Eve’

Wanita di anggap sebagai perosak masyarakat dan dipandang hina. Segala institusi midwife, healers dan wise woman yang di pelopori oleh wanita di hapuskan.

Hinggakan golongan ini beri kenyataan ‘Anda seharusnya rasa malu di lahirkan sebagai wanita…’

Oleh kerana segala institusi wanita di lupuskan, jadi bila ada wanita yang nak bersalin; sejak tempoh mengandung lagi, wanita ini akan di asingkan.

Ibu-ibu yang bakal bersalin akan di asingkan berseorangan di dalam sebuah bilik yang gelap penuh ketakutan. Dah seorang diri, tiada sokongan dan langsung tiada siapa dibenarkan masuk walaupun ahli keluarga sendiri; mesti lah rasa seram semacam kan.

Dan bermula dari sini, rasa takut untuk bersalin mula membenih. Asal mengandung je, mesti rasa takut sebab ia dianggap sebuah perkara yang hina..

Zaman Renaissance

Pada zaman Renaissance (kalau masih ingat buku sejarah Tingkatan 4) merupakan zaman ilmu mula bercambah.

Zaman ini golongan yang kolot pemikiran dah mula mengurang.

Jadi di zaman ini lah bermulanya ilmuwan cuba mencari realiti tentang proses kelahiran itu sendiri.

Dah lama sangat since zaman ‘birth regarded as celebration of life’ , di zaman Renaissance ini, pain & fear always associated with birth.

Dadah yang pertama kali digunakan dalam proses kelahiran adalah chloroform.

Pada penghujung tahun 1,800 Permaisuri Victoria meminta untuk di beri chloroform semasa bersalin sebab beliau tak sanggup nak hadapi so-called fear in birth.

Bermula saat ini lah, proses bersalin mula berpindah dari rumah, ke hospital. Bukan sebab bersalin itu penuh risiko, tapi sebab nak monitor pengambilan chloroform itu memerlukan pakar, tak boleh bawa ke rumah, jadi mesti pergi ke hospital.

Zaman ini wanita masih lagi dipijak-pijak.

Dalam jabatan Gynae waktu itu, walaupun ada doktor, kebanyakan doktor adalah kaki mabuk. Tiada siapa kisahkan perkara ini sebab taraf wanita zaman itu memang sangat di rendah-rendahkan.

Jadi bila Gynae pun kaki mabuk, carta kematian sewaktu kelahiran pun melonjak naik. Bukan sahaja sebab Gynae bermasalah, tetapi juga sebab keadaan di wad maternity yang sangat kotor dan banyak jangkitan.

Pada 1913, Carnegie Trust buat kajian membandingkan kelahiran yang berlaku di hospital dengan kelahiran di perkampungan nelayan di British Isles yang dikelilingi ternakan seperti kambing, ayam, etc.

Mengejutkan kelahiran di perkampungan nelayan tersebut langsung tidak mencatatkan kematian atau komplikasi major.

Di zaman tersebut, takut semasa bersalin dah bukan sahaja takut sebab nak bersalin, tetapi juga takut pada kematian asbab bersalin sebab keadaan hospital sangat tidak bersih.

Dan takut ini lah yang di bawa zaman berzaman hingga pada zaman ini yang terkini, asal sebut bersalin saja, mesti masyarakat akan associate dengan rasa sakit dan takut.

Birth is a normal life event

Asalnya bersalin itu adalah sebuah fitrah. Telah diciptakan tubuh manusia lengkap dengan segala program yang membolehkan ianya melahirkan bayi dengan sendiri.

Cuma sebagai manusia kita perlu re-learn apa yang berlaku semasa bersalin. Perlu fahami peranan dan proses yang berlaku dalam tubuh sebelum ambil keputusan untuk campur tangan dengan pelbagai teknologi terkini.

Zaman ‘birth is a celebration of life & labor is full of joy and doesn’t hurt’ dah berabad lama meninggalkan kita. Jadi perlu lah kita nak belajar semula what actually happens during labor.

Di olah semula dari buku :
HypnoBirthing, The Mongan Method

Untuk kursus belajar bersalin teknik HypnoBirthing, anda boleh sertai mana-mana kelas berikut :

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.