Sakit Semasa Bersalin : Bagaimana Sebenarnya Rasa Takut Yang Menyebabkan Rasa Sakit Datang

Shares

Dalam badan kita ada mekanisma pertahanan semulajadi. Kalau badan kita rasa terancam, automatik kita akan ambil tindakan sama ada Fight or Flight.

Umpama bayangkan kalau ada pencuri masuk rumah kita, muka kita akan pucat takut di apa-apa kan oleh pencuri tersebut; dan kita sama ada rasa nak serang pencuri tersebut kalau berani atau lari keluar rumah sebab takut.

Dalam situasi bersalin, ianya lebih kurang yang sama.

Bila mindset kita dah di tanam rasa bahawa bersalin itu sakit, maka minda kita akan perceive yang bersalin itu sebuah perkara yang menakutkan.

Benda ni automatik tau. Badan kita akan automatik ambil tindakan.

Bila minda kita rasa takut bersalin, tapi kita tak boleh Fight or Flight, jadi rahim kita ambil tindakan ketiga iaitu Freeze.

Apa masalah bila rahim Freeze?

Freeze di sini bermaksud rahim shut down.

Sewaktu kelahiran baby, rahim ada kerjanya tersendiri yang telah pun designed oleh Allah in a very beautiful amazing way.

Ianya boleh bekerja sendiri jika tak diganggu atau dipaksa oleh sesiapa.

Macam kita juga lah. Kalau nak kerja cantik tip top, tolong jangan pressure. Kalau tidak, kerja jadi cincai sebab kita risau pelbagai perkara.

Jadi waktu in labor, kita akan rasa surges (contraction) Surges ini rasa seperti perut kita menegang dan mengeras sangat-sangat, dan kemudian lega rehat sebentar.

Itu sahaja.

Waktu perut kita rasa mengeras, sebenarnya waktu ini rahim sedang seakan-akan contract. Ini penting sebab lepas setiap kali contract, rahim akan dilate dan terbuka sedikit demi sedikit.

After every surges, rahim will dilate if we are relax.

Tapi kalau kita dah ada mindset takut, rahim akan Freeze. Maksud di sini, ia tetap akan contract, tapi lepas contract, ia tak dilated.

Sepatutnya dilated tapi oleh kerana rahim sensed yang minda kita ada rasa takut, jadi bagi rahim, I have to protect this baby, so I won’t dilate.

Contract – Dilate Is Manageable Without Painkiller’s Assistance

Fasa contract-dilate ini yang biasanya ibu-ibu cakap sakit sebab tak pernah prepared to handle the wave.

Walhal jika betul cara handle the surges’ wave, ianya tak menyakitkan dan kita hanya akan rasa pressure yang semakin bertambah.

Don’t worry, ia akan bertambah phases by phases. Allah ciptakan kita boleh handle with the right breathing technique.

Credit gambar : http://naturalparentsnetwork.com

Macam Mana Nak Hilangkan Rasa Takut Bersalin?

Benda ini yang saya tercari-cari sebelum bersalin anak pertama. Alhamdulillah it gets better semasa bersalin anak kedua dan anak ketiga.

Bukan buat-buat berani, tapi kita belajar what actually happens during labor.

Manusia kan biasanya takut benda yang tak pasti.

Contoh kalau kita takut gelap.

Sebab apa kita takut gelap?

Sebab tak tahu apa yang menanti kita dalam gelap (kes banyak baca atau tengok cerita hantu)

Tapi if only kita embrace situasi gelap iaitu buka lampu bilik dan lihat sekeliling, automatik kita akan hilang rasa takut yang tak patut tu.

Lebih kurang begitu dengan bersalin.

Kenapa kita takut nak bersalin?

Sebab takut what if this happen, what if that happen, etc.

Ingat, apa yang kita fokuskan, itu lah yang kita akan dapat.

Insya-Allah next time saya akan kongsikan cara tangani perasaan takut bersalin yang Alhamdulillah it works for me.

Untuk join kelas HypnoBirthing, anda boleh klik mana-mana website di bawah :

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.