Review Saya Bersama Set Mengandung Premium Shaklee

Shares

Mengandung anak pertama tak sama dengan anak kedua terutamanya sebab masa mengandung anak pertama kita umpama tuan puteri, layan diri sendiri saja.

Nak tidur ke buat hal sendiri ke semua bebas.

Tapi bila dah mengandung anak kedua, agak mencabar sebab sambil mengandung sambil kena jaga anak kecil.

Agak mencabar buat saya sebab kalau tak mengandung pun cepat letih, ini kalau mengandung tak tahu jadi apa.

Sebab itu untuk anak kedua dan seterusnya saya memilih untuk amalkan supplement Shaklee, tak boleh toleransi bab letih ni. Kesian nanti siapa nak main dengan anak-anak.

Review Set Mengandung Shaklee

Dua-dua baby Shaklee sejak dalam perut

Review Set Mengandung Shaklee

Saya kongsikan pengalaman mengandung anak kedua dan ketiga bersama Set Mengandung Shaklee ya.

#1 : Cergas Badan

Kehamilan ini walaupun bertambah sibuk sebab ada anak kecil, Alhamdulillah badan saya lebih cergas bertenaga berbanding masa mengandung anak pertama.

Ligat macam-macam nak buat dan tak letih macam dulu-dulu

#2 : Tiada lagi sakit di varicose vein

Dulu masa mengandung anak pertama ada masalah pada varicose vein, macam urat darah membonjol.

Untuk masalah ini kita perlu tidur sambil tinggikan kaki menggunakan bantal. Kalau amalkan supplement di dalam Set Mengandung Shaklee, insya-Allah boleh elak dari berlaku.

Alhamdulillah untuk kehamilan anak kedua dan ketiga memang tiada masalah varicose vein.

#3 : Tiada Sakit Pinggang

Sakit pinggang ni memang sinonim lah dengan ibu mengandung. Makin bertambah bulan bertambah sakit.

Lagi tak selesa bila nak tidur tu, mengiring kanan salah, kiri salah.

Tapi Alhamdulillah mengandung anak kedua dan ketiga, asbab amalkan Set Mengandung Shaklee, tak rasa lenguh-lenguh pinggang tu.

Kebas pun jarang sangat. Syukur.

#4 : Yakin

Satu yakin sebab Shaklee adalah supplement semulajadi yang melalui ratusan ujian klinikal.

Lagi satu saya lebih yakin dan selesa ambil Multi-Vitamin Shaklee iaitu Vita-Lea sebab ianya tiada pewarna.

Berbanding dengan Obimin, baru letak di tangan dah keluar warna pink.

Bersalin di Rumah

Oleh sebab saya dan suami memang memilih untuk bersalin di rumah, jadi kami sangat titik beratkan kesihatan saya dan baby. Tak nak lah jadi apa-apa yang tak di ingini masa bersalin nanti.

Alhamdulillah anak kedua dan ketiga bersalin di rumah dan berat masing-masing memang sihat iaitu dalam range 3 kg. Tembam dan sangat kuat menyusu.

Saya pergi check doktor selepas seminggu bersalin, Alhamdulillah doktor maklumkan semua ok.

Syukur.

Lepas bersalin, saya teruskan makan Shaklee untuk pantang pula. Set Mengandung dan Set Pantang Shaklee ini lebih kurang sama. Memang pantang rasa lain sangat. Segar badan.

Ok lah, kalau kawan-kawan pun nak cuba Set Mengandung Shaklee, boleh hubungi saya ya:

Teman Hamil Anda,
Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

2 Comments

  1. Qaseh 10 August 2017
    • Khadeejah 10 August 2017

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.