Pregnant Minggu Ke 9 : Apa Yang Sedang Berlaku?

Shares

Wah jari kaki dan jari tangan baby dah cukup 10 pada minggu ini 😃

Kelopak mata baby dah mula menutupi mata.

Organ-organ baby seperti hempedu, hati dan limpa dah mula nampak kelibat. Jantung baby dah mula membahagi kepada 4 bahagian dan injap jantung pun sedang mula terbentuk.

Minggu ini kalau guna Doppler, mak ayah baby dah boleh dengar sikit-sikit bunyi jantung

Plasenta pun dah makin sempurna terbentuk dan dah boleh mula menjalankan tugas menghasilkan hormon untuk baby.

Apa Khabar Ibu?

Loya belum habis lagi minggu ni. Takpe sekejap saja lagi nanti masuk trimester kedua, insya-Allah loya tu akan hilang.

Sakit ulu hati atau heartburn juga mungkin menjengah. Kalau nak elak rasa tak selesa heartburn ni, buat masa ni elakkan makan makanan berminyak atau makanan pedas.

Cuba makan sedikit tetapi kerap untuk bagi peluang kerongkong kita bawa turun makanan.

Heartburn berlaku sebab semasa mengandung, hormon progesterone dalam badan adalah lebih banyak dari biasa.

Hormon ini membuatkan injap perut berfungsi dengan lebih perlahan.

Patutnya injap dalam perut mengelakkan asid perut masuk ke esofagus, tapi sebab ia bergerak perlahan, asid termasuk dalam esofagus dan kita rasa tak selesa di bahagian dada.

Tahniah ibu atas kehamilan kali ini 🙂

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.