Pregnant Minggu Ke -8: Apa Yang Sedang Berlaku

Shares

Tangan dan kaki baby sedang membentuk jari-jari yang masih bercantum antara satu sama lain. Belum ada pemisahan antara jari-jari.

Kelopak mata baby hampir menutupi mata baby.

Baby dah mula ada salur pernafasan yang bersambung dengan paru-paru yang sedang berkembang.

Otak baby juga sedang mula bersambung.

Waktu ini baby dah ada jantina, cuma ianya terlalu kecil untuk kelihatan semasa ultra-sound. Biasanya untuk tahu jantina, kita boleh lihat semasa masuk bulan ke-4 atau ke-5 kehamilan.

Apa Khabar Ibu?

Antara perubahan ketara pada minggu ini biasanya adalah perubahan pada saiz payudara.

Payudara ibu semakin membesar dan ibu memerlukan bra yang lebih besar.

Ini normal dan payudara akan semakin membesar sehingga baby lahir nanti sebab ianya sedang aktif menyediakan susu untuk baby.

Antara perubahan yang biasa kelihatan termasuklah :

1/ Ketulan kecil

Biasanya timbul di sekitar puting di bahagian areola.

Ketulan ini dikenali sebagai Montgomery glands. Ia berfungsi untuk mengeluarkan cecair untuk melindungi puting payudara semasa proses menyusukan baby nanti.

2/ Salur darah biru

Nampak jelas kelihatan salur darah biru macam tegang. Salur darah ini akan membekalkan darah dan nutrisi kepada baby selepas bersalin melalui penyusuan susu ibu.

3/ Areola semakin gelap

Ianya memudahkan baby untuk mengecam payudara selepas bersalin. Baby baru lahir mempunyai penglihatan yang terbatas.

Baby baru lahir hanya boleh nampak warna hitam dan putih, iaitu gelap dan cerah sahaja. Pink ke hijau ke biru ke, baby belum boleh betul-betul distinguish.

Anda ada masalah loya?

Banyakkan makan makanan yang kaya B Complex, magnesium dan kalsium. Amalkan supplement mengandung iaitu supplement semulajadi Shaklee untuk bantu kurangkan loya anda.

Tahniah untuk kehamilan anda!

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.