Pregnant Minggu Ke-7 : Perkembangan Bayi & Ibu

Shares

Kecil sangat baby pada minggu ke -6 iaitu dalam 1/4 inci. Tapi minggu ke-7 ini baby akan membesar 2 kali ganda.

Baby pada masa ini masih dipanggil embryo.

Ekor yang kelihatan pada tubuh baby semakin menghilang dan akan tidak kelihatan dalam masa 1-2 minggu lagi.

Mata dan lubang hidung baby dah mula nampak bentuk. Kelopak mata, mulut dan lidah baby pun dah mula terbentuk.

Bertambah menarik, baby juga dah pun mempunyai organ dalam bentuk mini iaitu pankreas, appendiks dan buah pinggang.

Credit gambar : Babycenter.com

Apa Khabar Ibu?

Biasanya waktu sebegini ibu masih lagi rasa cepat letih dan asyik nak tidur.

Bukan salah ibu tiba-tiba rasa tak larat, tapi badan ibu sedang buat kerja yang sangat banyak tanpa henti siang malam, iaitu menyokong pertumbuhan perkembangan tubuh baby dan juga plasenta.

Plasenta ini pun sangat penting tau. Umpama kembar baby.

Plasenta ini lah yang akan bekalkan nutrien dan oksigen kepada baby sepanjang baby dalam rahim ibu.

Untuk tampung baby dan plasenta ini, rahim ibu dah pun mengembang 2 kali ganda dari saiz asal.

Untuk atasi masalah cepat letih ini, cuba amalkan :

1- Minum air masak dengan banyak

Kalau tak cukup minum air, badan dehydrated. Bila badan dehydrated, kita akan cepat letih sebab oksigen dan nutrien tak efficiently contributed kepada seluruh tubuh kita.

2- Tidur sebelum tengah malam

Terdapat kajian menyatakan 1 jam tidur sebelum tengah malam adalah bersamaan 2 jam tidur selepas tengah malam.

Tidur bantu badan kita dapatkan rehat yang secukupnya. Bila badan cukup rehat, insya-Allah biiznillah kita lebih bertenaga esok harinya.

3- Tampung kekurangan nutrien dengan Supplement.

Badan cepat letih sebab semua sumber zat dan vitamin dalam badan ibu dah bagi kepada baby dan plasenta.

Jadi ibu tinggal saki baki.

Untuk tampung kekurangan nutrien dan vitamin dalam badan ibu, di samping amalkan pemakanan yang sihat, ibu juga disarankan untuk amalkan supplement ibu mengandung.

Insya-Allah boleh lah lebih cergas dari biasa.

Tahniah Ibu! You made it to week 7 pregnancy! 😃

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.