Pregnant Minggu Ke-23 : Apa Yang Sedang Berlaku Kepada Baby?

Shares

Alhamdulillah baby dah pun berusia 23 minggu. Ok jom saya kongsikan dari bacaan, perkembangan baby dalam minggu ini.

Baby kita dah boleh rasa maknya bergerak-gerak. Saiz baby adalah dalam saiz sebiji mangga besar.

Waktu ini dah boleh nampak bila baby mula menendang dalam perut.

Gambar dari Apps Pregnancy+

Baby sebenarnya aktif menendang sejak usia trimester pertama. Cuma kita tak rasa sebab saiz dia kecil waktu itu.

Menendang ini penting untuk kuatkan otot kaki dan tangan baby untuk persediaan selepas baby lahir nanti. Bagus baby rajin praktis.

Salur darah dalam paru-paru baby pada minggu ini sedang buat persiapan untuk bernafas menggunakan hidung.

P.s : Tapi masa kita mengandung, baby dalam perut bukan bernafas guna hidung. Lagipun dia dalam air, tak logik guna hidung.

Baby dalam perut bernafas mendapatkan oksigen menggunakan tali pusat.

Baby dalam perut kita dikelilingi, atau mudah faham, berendam dalam air yang dikenali sebagai cecair amniotik.

Cecair ini penting untuk lindungi baby dari rasa hentakan kalau mak nya berlari atau terjatuh.

Oleh kerana pendengaran baby dah mula terbentuk, jadi baby akan mula bina rasa familiar dengan bunyi-bunyi di sekeliling mak nya.

Sebab tu ada baby yang baru lahir, kalau abang dan kakaknya buat bising, dia tak terjaga pun. Sebab dah terbiasa dengar sejak dalam perut.

Bunyi-bunyi tu dah lali.

Anda sekarang dah minggu ke berapa? Jom kongsikan.

Khadeejah Hasmad
Mak anak tiga, sedang mengandung anak keempat

P.s : Gambar adalah screenshot dari Apps Pregnancy+

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.