Pregnant Minggu Ke 20 : Apa Yang Sedang Berlaku?

Shares

Baby anda banyak menelan pada minggu-minggu. Aktiviti ini bagus untuk melatih sistem pencernaan baby yang baru terbentuk.

Baby pun dah mula hasilkan tahi yang dipanggil meconium. Ianya berwarna hitam gelap dan melekit hasil dari pencernaan baby dalam perut.

Kita boleh nampak meconium ni selepas baby buang air besar pertama kali selepas dilahirkan ke dunia. 

Biasanya minggu ni mesti ibu-ibu dah tersenyum kan bila dah mula rasa tendangan comel baby 🙂 

Kita dah boleh rasa sebab baby dah semakin besar walaupun dia dah mula menendang sejak trimester pertama lagi.

Baby tendang-tendang bukan sebab nak kacau kita, tapi supaya otot kaki dan tangan yang baru terbentuk tu tak kejung dan tak keras.

Nanti Insya-Allah selepas lahir, mudah baby nak belajar meniarap, merangkak dan berjalan sebab otot kaki dan tangan baby semakin kuat.

Apa Khabar Ibu?

Cuba tengok kat perut yang makin membesar tu.

Perasan tak ada satu garis gelap pada perut kita tiba-tiba muncul dan semakin gelap.

#1 : Linea Nigra 

Garis ini dipanggil Linea Nigra yang terhasil disebabkan oleh perubahan hormon. Insya-Allah lepas bersalin nanti, ianya akan hilang semasa dalam pantang.

Stretchmark lain pula rupa nya. Kalau stretchmark ada banyak-banyak garis.

Linea Nigra ni satu garis sahaja.

#2 : Braxton Hicks

Ada tak rasa perut menegang ke, cramp ke?

Kalau ada rasa, jangan risau, benda ni normal dan ia dikenali sebagai Braxton Hicks. Ianya adalah latihan untuk rahim kita semasa nak bersalin nanti.

Ada ibu yang rasa, ada ibu tak rasa sangat walaupun sebenarnya perut dia sedang menegang.

Biasanya waktu Braxton Hicks ini saya suka ambil peluang untuk praktis breathing. Waktu ini bagi saya paling praktikal sebelum in labor itself.

Kerapkan praktis, insya-Allah biiznillah semasa in labor nanti kita akan rasa lebih tenang, lebih tersenyum dan lebih teratur pernafasan walaupun perut mungkin akan menegang lebih lama dari tempoh Braxton Hicks.

Enjoy your pregnancy!

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.