Pregnant Minggu Ke 19 : Apa Yang Sedang Berlaku?

Shares

Hai ibu 🙂 Tahniah hari ini baby dah masuk minggu ke-19!

Ibu-ibu dah mula bercakap-cakap dengan baby dalam rahim?

Kalau nak tahu, seawal minggu ke-16 lagi baby dah boleh mendengar bunyi dan boleh bezakan suara. 

Ajak suami kita pun untuk rajin bercakap dengan baby. Insya-Allah baby lepas lahir nanti bukan saja nak kat mak dia, tapi kat ayah dia pun dia akan rasa selamat 🙂

Ramai antara kita sangkakan rahim adalah sebuah dunia yang sunyi sepi. 

Sebenarnya kan, rahim sangat bising tau. 

Baby kita dengar macam-macam bunyi seperti degup jantung kita, perut kita berbunyi bila lapar atau sendawa, sistem penghadaman kita yang bekerja setiap kali nak proses makanan yang kita masuk, bahkan bunyi paru-paru yang non-stop tapis udara pun baby kita dengar setiap masa.

Jadi memang tak pelik lah kalau kita bercakap-cakap dengan baby. Bercakap ke, menyanyi ke, baca buku pun baby dengar.

Apa Khabar Ibu?

Baby dah mula membesar sebesar sebiji buah mangga. 

Semakin baby membesar, struktur badan ibu semakin stretched mengembang. Ini termasuklah otot dan ligamen yang menyokong struktur badan ibu.

Bila struktur badan stretched, ada sesetengah ibu akan rasa sakit sangat pinggang atau sakit macam tajam kat bahagian bawah sikit dari pinggang.

Semua ini normal walaupun tak selesa. Lepas bersalin Insya-Allah ia akan kembali kepada keadaan asal.

Buat sementara waktu ini untuk hilangkan sakit-sakit tersebut, cuba buat:

Targeted senaman pelvik

Mandi dengan air garam Epsom, suam beberapa kali seminggu untuk melegakan sakit

Tuam sakit belakang dengan ais

Aktifkan diri supaya otot kita tak kejung. Bila otot kejung, kena stretch pun kita rasa sakit

Amalkan supplement yang mengandungi kalsium dan magnesium untuk menguatkan tulang 

Enjoy your pregnancy!

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.