Pregnant Minggu Ke 18 : Apa Yang Sedang Berlaku?

Shares

Minggu ke-18 adalah minggu baby menghasilkan lemak. 

Lemak-lemak ini bukan sahaja untuk tubuh yang comel tetapi juga untuk pembinaan otak baby.

Tahukah anda, 60% dari otak kita adalah terdiri daripada lemak.

Neuron di dalam otak baby sedang terbentuk. Ianya nanti untuk bantu baby belajar dari alam sekeliling melalui pancaindera 

Penglihatan 

Sentuhan 

Rasa

Menghidu

Pendengaran 

Baby juga dah mula menghasilkan myelin iaitu lapisan lemak penebat saraf di dalam otak.

Proses pembinaan myelin ini nanti akan berterusan sehingga umur baby nanti mencecah 20-an.

Proses myelin bekerja untuk menghantar isyarat dengan cepat. Tanpa proses ini sel otak tak dapat berhubung dengan baik.

Tapi proses myelin memang perlahan untuk manusia. 

Sebab itu manusia ambil masa lebih kurang setahun untuk belajar berjalan, tapi seekor kuda yang lahir dengan lebih banyak myelin boleh terus berdiri dan berjalan beberapa jam selepas dilahirkan.

Saiz baby pada minggu ini adalah lebih kurang sepotong kek. Berat baby pula lebih kurang 190 g.

Apa Khabar Ibu?

Baby dah semakin membesar, jadi rahim pun makin mengembang.

Ibu-ibu pada minggu ke-18 ini mungkin akan alami beberapa perkara berikut :

#1: Bengkak kaki atau tangan 

Rajin berjalan 10-30 minit sehari untuk pastikan pengaliran dalam darah yang baik. Insya-Allah bengkak akan mula surut.

#2: Kebas kaki

Kebas ni salah satu petanda dehidrasi. Jadi cuba amalkan minum air masak banyak-banyak.

#3: Urat bengkak

Urat bengkak nampak pada kaki atau vagina. Biasanya ini berlaku sebab baby semakin membesar dan menghimpit salur darah yang mengalir ke bahagian berkenaan.

Untuk kurangkan bengkak ini, cuba tinggikan kaki semasa duduk atau baring.

Banyakkan tukar posisi. Contohnya kalau selalu duduk, sekali sekala jalan kaki. Kalau selalu berdiri, sekali sekala duduk sebentar.

#4: Susah tidur

Sebabnya masa mengandung ni kadang-kadang banyak betul yang kita risaukan. 

Cuba ambil masa sejam sebelum tidur jangan pegang gadget. Jika ada kerisauan, beritahu pasangan atau doktor.

Jika ada ketakutan berkaitan nak bersalin, saya sarankan mula baca buku berkaitan Gentle Birth dan sertai kumpulan ibu mengandung yang positif dan saling membina untuk luahkan rasa.

P.s : Buku berkaitan Gentle Natural Birth boleh didapati di Kinokuniya KLCC. Insya-Allah saya kongsikan lanjut di lain masa ya.

Enjoy your pregnancy!

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.