Pregnant Minggu Ke 17 : Apa Yang Sedang Berlaku

Shares

Kerangka tulang baby pada minggu ini sedang mula mengeras, dari tulang rawan menjadi tulang yang kuat.

Baby mempunyai lebih kurang 300 tulang. Tulang-tulang dalam badan baby ini akan membesar dan terus mengeras hingga baby capai tempoh matang.

Proses ini juga dikenali sebagai osifikasi (ossification)

Buat masa ini tengkorak baby juga agak lembut dan boleh dibentuk terutamanya masa nak lalui laluan pelvik semasa lahir ke dunia nanti.

Nanti kepala baby yang lembut akan ikut bentuk laluan vagina.

Baby juga semakin bertambah berat.

Lemak-lemak yang terbentuk membantu maintain suhu yang optimum untuk baby, menyokong fungsi otak baby dan menguatkan daya tahan baby semasa nanti baby belajar untuk merangkak dan berjalan.

Saiz baby minggu ini adalah sebesar sebiji oren navel.

Apa Khabar Ibu?

Dah masuk trimester kedua ini, memang macam-macam lah yang berlaku pada tubuh ibu.

🧣Cepat Berpeluh

Kadang-kadang tu cuaca tak lah berapa panas sangat, tapi badan kuat berpeluh.

Ini termasuklah vaginal discharge berwarna jernih yang bertambah banyak untuk lawan bakteria.

Ini normal sebab pengaliran darah kita bertambah sebab perlu menyokong keperluan darah ibu dan baby sekaligus.

Kalau badan asyik panas, cuba duduk depan kipas atau bawah aircond. Banyakkan minum air masak atau air sejuk.

Badan panas juga sebab haba yang dibebaskan oleh baby semasa proses ‘pembinaan’ organ-organ dalaman.

🧣Mimpi Pelik

Biasanya sebab ibu timbul pelbagai perasaan. Risau, gementar, macam-macam.

Cuba relaks dan elakkan pegang gadget satu jam sebelum tidur supaya dapat tidur yang lebih lena.

🧣Gatal-gatal

Kadang-kadang kita rasa gatal-gatal di bahagian perut dan payudara. Ini disebabkan oleh kulit yang menegang menjadi semakin nipis dan sensitif.

Cuba sapu lotion untuk melembutkan kulit atau amalkan makanan kaya kolagen dan Vitamin C supaya kulit lebih lembap.

Ibu juga disarankan untuk ambil supplement semulajadi Vitamin C dan Collagen untuk atasi situasi ini.

🧣Stretch Mark

Ia berlaku sebab kulit semakin menegang untuk menyokong baby yang semakin membesar dalam rahim.

Antara cara untuk elak stretchmark adalah dengan jaga makan.

Memang kita perlu makan untuk 2 orang, tapi bukan lah bermakna makan apa saja. Ia bermakna kita perlu dua kali ganda makan makanan berkhasiat untuk 2 orang.

Sebagai contoh, gandakan makan sayur, buah dan protein.

Elakkan makanan berminyak, terlalu banyak garam dan makanan yang terlalu banyak gula sebab makanan sebegini akan membuatkan kulit kita bertambah-tambah kering.

Bila kulit kering, stretchmark semakin ketara.

Minum banyak air masak untuk kekalkan lembapan kulit.

Kalau stretchmark muncul juga, cuba sapu lotion semulajadi supaya kulit lembap.

Enjoy your pregnancy!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.