Pregnant Minggu Ke 16 : Apa Yang Sedang Berlaku?

Shares

Baby dah mula membesar macam seketul donut yang sedap. Panjang baby pula akan mencecah hingga 11.6 cm pada minggu ini.

Baby dah mula boleh dengar suara kita, Alhamdulillah. Sebabnya dah mula ada tulang kecil terbentuk dalam telinga baby.

Baby juga dah mula ada rambut, bulu mata dan kening di samping kuku di jari kaki pun dah mula tumbuh.

Jantung baby dah mula sedikit demi sedikit pam darah dan akan lebih aktif pam darah pada minggu-minggu akan datang.

Apa Khabar Ibu?

Masuk minggu ke-16 biasanya kita rujuk kepada bulan ke -4 mengandung.

Tapi biasanya masa ni kita masih belum dapat rasa tendangan baby walaupun baby sangat aktif dalam rahim.

Saiz baby masih sangat kecil.

Ada beberapa perkara yang akan berlaku kepada sesetengah ibu bila masuk minggu ke-16.

🧣Sakit belakang

Sebab badan mula mengembang untuk bagi ruang kepada tumbesaran baby.

Untuk kurangkan sakit belakang, cuba kerap bergerak bangun dan duduk untuk stretch badan.

🧣Sembelit

Sebab rahim yang membesar mula menekan usus. Cuba amalkan makanan tinggi serat dan banyakkan minum air supaya najis lembut dan kurang sembelit.

🧣Cepat lupa

Sabar je lah. Nanti hilang lah simptom ni Insya-Allah.

Cepat lupa tiba-tiba juga dikenali sebagai ‘Pregnancy Brain’. Insya-Allah ia akan hilang selepas bersalin nanti.

Wah dah 4 bulan mengandung. Dah boleh draft belanja untuk persediaan kelahiran baby nanti.

Sementara itu, enjoy your pregnancy!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.