Pregnant Minggu Ke 15 : Apa Yang Sedang Berlaku?

Shares

Walaupun mata baby tertutup rapat, tapi baby boleh perasan kalau ada cahaya.

Contohnya kalau kita letak lampu suluh pada perut, baby akan menyorok.

Lidah baby pula sedang membentuk deria rasa.

Minggu ini juga biasanya kita dah boleh check sama ada baby adalah lelaki atau perempuan. Tengok lah kalau dia tak menyorok.

Kalau tak, insya-Allah next next check-up boleh check lagi.

Minggu ini saiz baby lebih kurang sebesar hamster comel dan panjang baby lebih kurang 10.1 cm. Macam panjang pembaris pendek, kan.

Apa Khabar Ibu?

Loya belum hilang? Takpe Insya-Allah nanti dia hilang lah sikit-sikit tu.

Ada ibu, loya baru datang pada minggu ke-15.

Minggu ke-15 juga ibu mungkin akan mengalami beberapa perubahan baru.

🧣Hidung berdarah

Ia berlaku disebabkan oleh pertambahan pengaliran darah dan juga salur dalam hidung yang semakin sensitif.

🧣Gusi bengkak

Ini pun berlaku sebab pertambahan pengaliran darah. Kadang tu gusi sampai berdarah.

Jaga kebersihan dalam mulut dengan baik. Berus gigi dan kalau guna floss gigi, gunakan dengan lembut.

🧣 Cepat Mengah

Bahagian atas dada semakin penuh sebab baby semakin membesar setiap hari. Jadi agak mencabar untuk paru-paru nak mengembang sepenuhnya bila kita bernafas.

Sebab itu kita jadi cepat mengah.

Semua ketidakselesaan ini Insya-Allah akan beransur hilang. Sementara itu, jaga makan dan enjoy your pregnancy!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.