Pregnant Minggu Ke-14 : Perkembangan Bayi

Shares

Minggu ke-14 menandakan ibu dah mula masuk kehamilan trimester kedua.

Pada waktu ini baby sedang aktif berpusing dalam perut. Cuma ibu belum boleh rasa sebab saiz baby masih sangat kecil.

Baby perlu aktif bergerak untuk memastikan setiap sendi yang baru terbentuk di kaki dan tangan boleh berfungsi dengan baik selepas dilahirkan nanti.

Credit gambar : Website Baby Center

Bulu-bulu halus yang dikenali sebagai “lanugo hair” juga mula terbentuk.

Lanugo hair ini berfungsi untuk melindungi tubuh bayi agar tak kecut kerana sepanjang masa berendam dalam air iaitu cecair amniotik.

Pada tempoh ini juga cap jari baby akan mula terbentuk. Baby juga akan mula menghisap jari pada waktu ini. Ini penting supaya nanti selepas lahir, baby mahir menyusu dengan ibu.

Paru-paru baby masih berkembang dan baby sedang mula berlatih bernafas dengan cecair amniotik di dalam rahim.

Nanti semasa bersalin, sewaktu baby melalui pintu vagina, paru-paru ini akan di compress untuk bersih dari cecair amniotik dan waktu itulah baby akan mula bernafas menggunakan udara.

Sebab itu baby menangis sebaik dilahirkan, sebab paru-paru dari asalnya bernafas dalam air, terus bertukar kepada menggunakan udara.

Credit info : Baby Center

Khadeejah Hasmad
Mak Anak 3

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.