Pregnant Minggu Ke 13 : Apa Yang Sedang Berlaku?

Shares

Cap jari sedang mula membentuk pada jari-jari hlhs baby. Salur darah dan organ-organ baby nampak jelas menerusi kulit baby yang masih nipis.

Badan baby masih agak kecil berbanding kepala baby.

Kalau baby anda adalah perempuan, ovari baby dah pun ada 2 juta telur pada minggu ini.

Saiz baby lebih kurang 7.4 cm panjang dan sebesar seekor anak ayam comel. Berat baby pula baru mencecah lebih kurang 23 g.

Apa Khabar Ibu?

Payudara ibu yang sedang turut membesar telah mula proses membuat kolostrum. Kolostrum adalah cecair pekat berwarna kuning yang kaya nutrien sebagai bekal untuk baby sejurus selepas lahir sementara tunggu susu putih terhasil sepenuhnya.

Kolostrum ini nanti akan terhasil amat sedikit sebab perut baby baru lahir memang sangat kecil. Ianya di design spesifik untuk baby yang baru lahir.

Pinggang ibu dah mula mengembang pada minggu ini. Kalau nak selesa, cari pakaian longgar.

Macam saya, walaupun bersaiz S sebelum mengandung, tapi bila mengandung terpaksa ambil saiz XL sebab perut dah membesar ke depan.

Jangan risau, insya-Allah lepas bersalin semua kecut dengan syarat kita pun jaga makan.

Enjoy your pregnancy!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.