Pregnant Minggu Ke 12 : Apa Yang Sedang Berlaku?

Shares

Perkara paling penting berlaku pada minggu ini adalah baby dah boleh bagi tindak balas refleks.

Kalau kita tekan perut, baby akan bagi tindak balas tendangan kecil sebagai respon, cuma kita lah belum dapat rasa.

Jari kaki baby dah boleh membengkok ke dalam, otot mata pun dah boleh tutup.

 

Buah pinggang baby dah mula menghasilkan air kencing ke dalam pundi kencing baby.

Sementara itu sel-sel saraf sedang laju bertambah dan synapse dalam otak baby sedang membentuk dengan pantas.

Muka baby pun dah ada rupa manusia.

Mata baby asalnya kat tepi kepala dah mula bergerak ke depan dan telinga baby pun dah bergerak ke tepi.

Saiz baby lebih kurang panjang 2 inci sebesar saiz burung Hummingbird yang sangat kecil.

Minggu ini dah banyak organ penting baby terbentuk, jadi selepas dari ini adalah proses pematangan organ-organ tersebut supaya boleh berfungsi dengan baik sejurus baby lahir.

Cuma usus baby masih berada di luar badan baby, iaitu masuk dalam tali pusat. Sebabnya badan baby masih terlalu kecil untuk memuatkan ususnya.

Apa Khabar Ibu?

Loya dan morning sickness semakin beransur hilang pada minggu ini. Selera makan pun dah mula datang semula.

Cumanya minggu ini ibu mungkin akan mengalami sakit kepala.

Sakit kepala pada minggu ke-12 ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormon, terlalu rendah kandungan gula dalam darah, dehydration, tak cukup tidur atau stress.

Cuba kenal pasti kenapa kita sakit kepala. Kalau sebab tak cukup tidur, cuba tidur lebih aqal dari kebiasaan dan gelapkan bilik.

Kalau masalah gula dalam darah, cuba amalkan makanan karbohidrat kompleks seperti makan roti perang dan gantikan beras putih dengan beras perang.

Banyakkan minum air masak dan kurangkan minum air manis terutamanya air kotak atau air tin.

Enjoy your pregnancy!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.