Pregnant Minggu Ke 10 : Apa Yang Sedang Berlaku?

Shares

Baby pada minggu ini dah melepasi tempoh kritikal pembentukan organ penting. Bermula minggu ke-10, tisu dan organ dalam tubuh baby semakin matang dan membesar dengan sangat cepat.

Baby juga dah mula menelan cecair amniotik dan menendang, cuma kita belum dapat rasa sebab saiz baby masih kecil sangat.

Organ penting baby termasuk buah pinggang, otak dan hati dah mula berfungsi dan sambil itu akan terus berkembang hingga sempurna di sepanjang kehamilan.

Organ hati baby pun dah mula buat sel darah merah.

Jari-jari baby pun dah mula ada kuku dan bulu-bulu dah mula tumbuh pada kulit baby untuk melindungi baby.

Baby masih kecil sangat pada minggu ini. Dari hujung ke hujung saiz baby hanya dalam 1 1/4 inci. Kalau analoginya, hanya sebesar rama-rama yang cantik.

Apa Khabar Ibu?

Payudara dah makin membesar pada minggu ini untuk sesetengah ibu. Walaupun lambat lagi baby lahir, tapi kerja payudara untuk hasilkan susu dah mula dari sekarang.

Vaginal discharge pula semakin bertambah, yang berwarna jernih tu, bukan keputihan. Ia dikenali sebagai leukorrhea.

Discharge ini disebabkan oleh peningkatan aliran darah ke vagina semasa mengandung dan pertambahan estrogen.

Jangan risau, discharge berwarna jernih ini sebenarnya bagus untuk melawan bakteria. Cuma kalau ada bau kurang menyenangkan atau bercampur darah, mesti cepat-cepat jumpa Gynae untuk check.

Sikit lagi nak masuk trimester kedua. Tahniah untuk kehamilan anda!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.