Pregnant 5 Minggu : Apa Yang Sedang Berlaku?

Shares

Biasanya pregnant 5 minggu ini tak ramai wanita perasan yang mereka sedang hamil melainkan period memang datang on time dan kali ini rasa semacam.

Sewaktu kandungan berusia 5 minggu, ianya dipanggil embryo dan langsung belum ada rupa manusia. Ia lebih mirip rupa berudu kecil.

Di usia ini kandungan kita sedang membesar dengan sangat sangat cepat. Walaupun dalam gambar nampak besar, saiz sebenar kandungan waktu ini hanya lah sebesar sebiji bijan.

Credit gambar : Website Baby Center

Embryo kita kini dihasilkan dari 3 lapis iaitu ecroderm, mesoderm dan endoderm; yang kesemua ini akan membentuk organ dan tisu badan.

Usia 5 minggu kalau scan, insya-Allah doktor akan mula jumpa degupan jantung. Ia organ pertama terbentuk untuk membekalkan darah kepada tubuh embryo.

Sementara itu lapisan mesoderm akan turut membentuk otot-otot baby, tulang rawan, tulang dan tisu kulit.

Lapisan endoderm pula akan mula bekerja membentuk paru-paru, usus, sistem air kencing, thyroid, hati dan pankreas.

Pada masa yang sama, plasenta dan tali pusat yang bertugas untuk membekalkan oksigen dan makanan kepada dah mula buat kerja.

Sibuk betul kan 5 minggu dalam alam rahim. Sebab itu ada sesetengah ibu mengandung memang akan rasa sangat mudah letih di trimester pertama walaupun secara luarannya kita tak buat kerja berat apa pun.

Tapi sebab badan kita sedang bekerja keras menggunakan segala tenaga untuk penghasilan baby baru, jadi kita akan sangat cepat mengantuk.

Banyakkan rehat dan jaga makan untuk menyokong pertumbuhan baby yang sihat dan sempurna, insya-Allah.

Credit gambar & info : Website Baby Center

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.