Posisi Tidur Yang Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Shares

Ibu mengandung dah tak sama seperti wanita biasa. Ini disebabkan oleh rahim ibu semakin membesar.

Kalau salah tidur, ibu akan mengalami kesukaran untuk bangun, akan mula rasa mengah-mengah dan turut rasa sakit-sakit di bahagian pinggang.

Ibu mengandung terutamanya apabila dah memasuki trimester kedua, adalah disarankan untuk kita tidur mengiring berbanding tidur terlentang atau tidur meniarap.

Kenapa Ibu Mengandung Tidak Disarankan Untuk Tidur Terlentang atau Meniarap?

Jika ibu tidur terlentang, ada kemungkinan berat rahim akan menghimpit salur darah yang besar, iaitu dikenali sebagai vena cava.

Jika ibu tidur meniarap pula, dibimbangi rahim yang membesar akan mempenyek sekali organ-organ penting dalam badan.

Ini secara tidak langsung akan mengganggu kelancaran pengaliran darah daripada jantung ibu kepada bayi dalam rahim.

Tidur terlentang juga boleh membuatkan ibu mengandung berasa loya, pening-pening lalat, pendek nafas dan sukar untuk bangkit.

Yang terbaik adalah posisi tidur mengiring sebaik sahaja ibu masuk trimester kedua.

Kenapa Ibu Mengandung Di Sarankan Untuk Tidur Mengiring?

Ibu mengandung paling bagus tidur mengiring ke kiri.

Ini kerana di bahagian kanan badan kita ada organ hati.

Bila kita mengiring ke kanan, dikhuatiri rahim yang semakin membesar akan menghimpit organ hati.

Mengiring ke kiri juga membantu pengaliran darah dari jantung dan pengaliran darah yang baik kepada bayi, rahim dan buah pinggang.

Khadeejah Hasmad
019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.