Petanda, Risiko & Rawatan Cyst Semasa Mengandung

Shares

Cyst ini asalnya tak merbahaya. Tapi kalau jenis yang membesar dan kemudiannya pecah, jenis itu akan menyebabkan rasa sakit di bahagian perut.

Biasanya ibu mengandung tak perasan pun ada cyst kecuali bila waktu scan. Masa scan doktor akan ter-perasan kehadiran cyst terutamanya pada trimester pertama.

Hari ini saya kongsikan tentang petanda masa mengandung ada cyst.

Boleh jadi kita rasa biasa-biasa tapi sebenarnya keadaan sedang menjadi teruk.

Petanda Cyst Semasa Mengandung

Antara petanda cyst semasa mengandung :

1/ Sakit semasa bersama dengan suami

2/ Sakit perut di bahagian abdomen kiri atau kanan iaitu di kedudukan ovari

3/ Sakit semasa buang air kecil

4/ Sakit di bahagian vagina

5/ Susah untuk buang air besar

Ini semua berlaku disebabkan saiz cyst membesar dan adakalanya ada yang telah terpecah atau berpintal.

RISIKO CYST SEMASA MENGANDUNG

Adakah cyst merbahaya untuk ibu mengandung?

Cyst yang berlaku di bahagian ovari tidak lah secara langsung membahayakan bayi di dalam rahim.

Lagipun ovarian cyst berlaku di ovari manakala bayi membesar di dalam rahim. Ianya 2 tempat yang berbeza.

Cuma ada beberapa risiko kalau cyst membesar dan berpintal.

Credit gambar : Website ovariancystmiraclereview.org

1. Jangkitan kuman

Kebiasaannya risiko jika cyst pecah, ia akan menyebabkan jangkitan kuman di bahagian peranakan ibu.

Ini akan menyebabkan rasa sakit bila nak buang air kecil.

2. Kelahiran Pra-matang

Bukan itu sahaja, cyst yang membesar melebihi 5 cm juga akan mengganggu bekalan darah ke bahagian peranakan hingga kadangkala menyebabkan kelahiran pra-matang atau keguguran.

RAWATAN DOKTOR

Biasanya doktor akan tunggu untuk lihat sama ada cyst tersebut membesar dalam masa 2 minggu.

Kalau mengecut, ia akan dibiarkan. Tetapi kalau cyst tersebut membesar, doktor akan terpaksa buat pembedahan buang cyst.

Pembedahan pula akan dijadualkan pada trimester kedua sebab ianya lebih selamat agar tidak mengganggu perkembangan bayi dalam rahim.

Pembedahan tidak menjanjikan cyst pergi selama-lamanya. Ia tetap berpotensi untuk kembali jika tak jaga makan dan gaya hidup.

Pembedahan juga berisiko untuk pendarahan dan menyebabkan seluruh ovari yang terlibat dibuang.

Nak tahu lanjut macam mana nak elak dari pembedahan dan makanan kecutkan cyst?

Nantikan artikel seterusnya.

Teman Hamil Anda,

Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

 

One Response

  1. Sha Mohamed 22 August 2017

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.