4 Persediaan Kewangan Untuk Baby Baru Lahir

Shares

Setiap anak datang dengan rezeki yang telah Allah jamin untuknya. Namun sebagai ibu bapa, bukanlah kita perlu duduk termenung dan mengharapkan duit datang bergolek seiring dengan kelahiran baby baru.

Istilah anak pintu rezeki adalah bila mana kita sebagai ibu bapa berusaha sehabis daya untuk berikan yang terbaik buat anak-anak yang Allah amanahkan buat kita. Bukan meminta-minta dari keluarga atau sanak-saudara.

Bila kita usaha sehabis baik untuk anak-anak, kami perasan rezeki tersebut melimpah-ruah hinggakan ia bukan sahaja cukup untuk anak-anak, bahkan juga untuk keluarga.

Baiklah hari ini saya nak kongsikan antara persediaan kewangan yang perlu kami lakukan kami setiap kali saya disahkan hamil dengan seorang bayi. Apakah belanja penting yang perlu kami titikberatkan selain diapers dan baju baby.

1/ Kos Bersalin dan Selepas Bersalin

Kalau company cover, tiada masalah. Kalau bersalin di hospital kerajaan, setahu saya tiada masalah juga sebab percuma, kan? Cuma kalau yang bayar sendiri, biasanya ibu bapa akan ambil worst case scenario iaitu ambil kira kos bersalin secara pembedahan sebagai persediaan.

Biasanya di kawasan saya, kos bersalin pembedahan di hospital swasta makan belanja hampir RM 10,000. Tak pasti pula jika ia dah tambah apa-apa kos lain.

Kemudian ambil kira juga kos untuk selepas bersalin iaitu untuk baby dan ibu, jika ibu kuning dan perlu warded, etc.

Untuk elak kos-kos begini, memang sangat digalakkan untuk kita semasa mengandung agar jaga makan, jaga postur badan, jaga posisi tidur dan seboleh mungkin amalkan gaya hidup sihat walaupun mengandung supaya lepas bersalin boleh cepat-cepat balik rumah.

2/ Aqiqah

Aqiqah untuk anak lelaki adalah 2 ekor kambing, manakala anak perempuan pula hanya seekor kambing.

Majlis Aqiqah tak wajib. Yang pentiong adalah kambing yang di aqiqahkan. Masa kami mula-mula dapat anak pertama, kami buat Aqiqah di Kemboja. Kan ada program yang sedekahkah Aqiqah.

Bagi kami waktu itu, Aqiqah itu yang paling mudah dan affordable sebab hanya bayar kos kambing.

Sampai anak ketiga, Alhamdulillah rezeki dah bertambah, jadi kami buat majlis Aqiqah tertutup di kalangan keluarga.

Aqiqah hukumnya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat di tuntut. Tapi tak lah jatuh hukum wajib.

Jika kita yang dah dewasa pun belum pernah beraqiqah, kita boleh buat sendiri.

3/ Takaful bulanan

Takaful ini bertindak sebagai simpanan buat anak-anak hingga usianya matang nanti, dah boleh keluar duit. Kalau sebelum ini mak apak saya simpankan di Tabung Haji untuk kami adik-beradik. Untuk anak-anak, kami pilih untuk simpan di Takaful Prudential.

Takaful ini boleh pilih sebagai simpanan pendidikan, insuran kesihatan dan pelbagai lagi.

Ada pakej-pakej nya boleh bincang dengan agent takaful nanti.

4/ Belanja bulanan baby

Belanja bulanan yang paling besar biasanya bab diapers lah. Baby newborn kan rajin kencing dan buang air besar.

Contoh macam anak pertama kami dulu, masa baby lagi beliau adalah seorang yang sangat pembersih. Asal kencing walau sikit, mesti merengek minta tukar diapers sebab tak selesa.

Macam mana pula dengan anda? Apa belanja baby baru biasanya yang ambil portion yang besar? Jom kongsikan di ruangan komen.

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.