Persediaan Kami Untuk Menerima Anak Ke -4

Shares

Masa anak seorang, kita masih fasa honeymoon lagi sebab takat nak urus sorang, ok lah. Masa ni banyak belajar tentang psikologi anak-anak.Masuk anak kedua, ok boleh tahan lagi.

Datang anak ketiga, tu dia!! Dah rasa tak cukup tangan. Betul lah kawan-kawan cakap anak sorang, anak dua kita boleh handle lagi.

Masuk nombor 3, kita dah macam sedikit chaos.

Tiba-tiba tak terjangka Allah nak rezekikan anak ke-4. Allahuakbar. Kali ini preparation kena kemas dan betul.

Anak memang pintu rezeki, tapi ibu bapa tak boleh lah lenggang kangkung termenung tunggu rezeki jatuh dari langit. Kena usaha jugak. Part manusia usaha doa tawakkal. Itu sunnatullah.

Jadi selain daripada usaha untuk tambah kewangan especially kita perlu beli diapers, takaful anak, etc; preparation lain yang penting :

🍁 1/ Ajar anak berdikari

Terutamanya anak pertama dan anak kedua. Seboleh mungkin dah potty train dan pandai basuh sendiri.

Mereka berdua ni akan jadi role model anak ketiga.

Yang pertama dan kedua ni juga kami mula train sedikit demi sedikit untuk buat kerja rumah.

Kata pun nak bina jati diri berdikari. Semoga bila dah besar pandai berdikari dan tak lah asyik meminta-minta atau harapkan orang lain.

Contoh kerja rumah mudah seperti sapu rumah, basuh pinggan, kemas meja lepas makan; alah semua yang belajar dari video kanak-kanak tadika di Japan. Hihi.

Bab basuh pinggan memang agak mencabar sebab bila anak-anak kecil lingkungan umur 2-4 tahun membasuh pinggan, mereka pakej kan dengan macam nak basuh dapur sekali.

Takpe lah. Biasa lah tu. Masa ni sedang sakan explore tentang sifat air. Nanti dah matang sikit diorang tak main dah air.

Janji kita kenalkan kepada kerja rumah dan selalu dorong anak-anak untuk buat. Alah basah sikit tu boleh settle. Sediakan saja banyak-banyak kain lap, lepas habis basah dah boring semua, minta diorang lap pula.

Memang seronok anak-anak.

Satu yang saya belajar, kalau nak anak suka tolong kita, banyakkan encouragement dan ucap TERIMA KASIH sebab tolong.

Mak bapak macam kami kadang ego, anak menolong kita ingat tu tanggungjawab dia. Buang ego ini dan anak akan buat extra tanpa di suruh.

🍁 2/ Ajar sort barang

Contoh pakaian yang dah siap basuh, ajak mereka gantung di almari masing-masing.

Haa yang ni anak no. 3 yang baru masuk 2 tahun pun boleh buat. Cuma akan buat gaduh sikit lah sebab mesti semua nak masuk almari dia 😅

Tapi takpe, lama-lama ok lah tu.

🍁 3/ Mula ajar memasak

Ajar yang simple je contohnya masak nasi. Memasak bukan gender biased tau.

Anak lelaki pun mesti kena tahu.

Masa mula-mula ajar anak sulung saya masak nasi, agak stress juga lah nak explain. Tapi kejap je lama-lama kita boleh minta tolong tanpa serabut kepala.

Masak telur ke lauk ke belum lagi lah. Mak belum berani nak kasi anak pegang pisau atau hadap kuali panas. Not yet.

🍁 4/ Buat jadual tugasan

Semua manusia suka jika mereka ada contribution dan contribution mereka acknowledged, iaitu sentiasa di puji dan di sebut-sebut.

Ini bukan tertakluk pada anak kecil sahaja, sampai kita dewasa pun memang ada sifat ini.

Jadi untuk anak kecil, bagus sediakan jadual harian.  3 anak ni beri tugasan mengikut tahap umur.

Saya baru la ni nak buat jadual 😅

🍁 5/ Puji, Ucap TERIMA KASIH

Setiap kali selesai tugasan, bagi hadiah berupa star pada carta ke, bagi duit (?) Ahahaha.

Bagi juga kata-kata pujian dan ajak baca buku sama-sama pun diorang dah bahagia sangat.

Anak-anak ni nak lebih lama spend masa kita je selalu. Kalau toys beli banyak-banyak pun, mereka tetap nak kita duduk sebelah mereka.

Kawan-kawan ada lagi nak tambah?

Meh lah tambah. Saya pun banyak lagi nak belajar 😘

Feel free to Like & Share 💋

Khadeejah Hasmad
Expecting baby number 4 : May 2018

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.