Nak Kuruskan Badan : Cara Jaga Makan Semasa Kenduri

Shares

🍀 Bila Kenduri Tiba, Macam Mana Nak Jaga Makan?

Biasa kan kalau ada kenduri ke program ke, kita pun dah confuse, macam mana aku nak jaga makan ni? Semua pun sedap-sedap, lagi pulak mana ada lauk kering.

Jangan risau, ikut je pinggan sihat KKM tu yang “Suku-Suku-Separuh”

Nak kurus Slim Fit ni tak perlu strict apa sangat.

🍁 Suku-Suku-Separuh ni portion nya :

Suku – 1/4 pinggan letak lauk kurangkan kuah
Suku – 1/4 pinggan atau segenggam nasi
Separuh – 1/2 pinggan letak sayur dan buah

Contoh macam kami kenduri tadi, ada sayur tapi saya tak kenal, tak jumpa sayur masak warna hijau. Tapi banyak ulam. Jadi saya ambil ulam raja ni, segenggam kot.

Sedap tak pahit. Suami saya ngap beberapa pucuk gitu je 😄😄

Oh sayur tak semestinya hijau. Bagus ambil 7 warna sehari. Tapi saya je lebih suka warna hijau 😅

Ikut portion pinggan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Tang nasi ni jangan tiru portion dalam gambar ni. Lebih kurang segenggam tangan kita cukup dah.

Pinggan ni banyak nasi sebab kami masa kenduri sekali ambil nasi memang lebih, sebab senang, sampai meja makan agihkan nasi bagi anak-anak. Jadi tak perlu ulang-alik meja buffet beratur dengan orang lain, kan.

So walaupun nampak banyak dalam gambar ni, nasi yang sendiri makan sikit je sebenarnya.

Moga bermanfaat 😘

Feel free to Like & Share 😃

Khadeejah Hasmad

Hubungi : [email protected]

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.