Mesti Baca : Kenapa HB Saya Rendah Semasa Mengandung

Shares

Antara perkara paling membuatkan doktor dan nurse bising di waktu check up mengandung adalah bacaan HB.

HB adalah Hemoglobin dalam darah. Ia sejenis protein. Kerja HB adalah mengangkut oksigen untuk dibekalkan pada seluruh tubuh badan.

P.s : Bayangkan manusia kalau tak cukup oksigen akan tercungap-cungap kelemasan. Kalau badan ibu mengandung tak cukup oksigen, organ dan tubuh badan ibu akan mengalami masalah.

HB terlalu rendah akan menyebabkan ibu mengandung akan cepat letih, potensi kelahiran pra-matang dan paling merisaukan masa bersalin nanti kalau HB tak cukup boleh membahayakan nyawa ibu sebab masa tu darah banyak keluar.

Biasanya bacaan HB yang cantik untuk ibu mengandung adalah dalam 11.

Nak tahu tak kenapa ramai ibu mengandung ada masalah HB rendah ni?

Teruskan membaca.

Kenapa HB Rendah Semasa Mengandung?

Masa kita mengandung, penghasilan darah dalam tubuh meningkat untuk menyokong keperluan ibu dan bayi.

Bila darah bertambah, kepekatan Hemoglobin (HB) dalam darah berkurang.

P.s : Analoginya macam air sirap. Asalnya air sirap dalam satu cawan adalah just nice. Bila air sirap tersebut dikehendaki memenuhi satu jag lain, maka air akan di tambah.

Tapi kalau tambah air saja, pati sirap tak tambah, tak menjadi lah air sirapnya.

Jadi dalam situasi ibu mengandung yang isipadu darah bertambah, hemoglobin pun kena bertambah.

Masalah berlaku bila badan kita tak cukup bahan untuk buat hemoglobin. Nak hemoglobin tapi tak cukup bahan buat, jadi lah bacaan HB rendah dan menghasilkan simptom-simptom HB rendah.

Apa bahan untuk hasilkan Hemoglobin?

Zat Besi.

Antara sebab biasa HB rendah di kalangan ibu mengandung adalah sebab kurang Zat Besi. Bila badan kurang Zat Besi, darah tak dapat angkut oksigen ke seluruh badan.

Zat Besi boleh juga didapati dari makanan seperti sayur berdaun hijau, tofu, daging merah dan kekacang seperti kacang soya.

P.s : Walaupun kerang turut kaya dengan Zat Besi, elakkan amalkan kerang semasa mengandung kerana ianya tinggi toksik.

Selain dari Zat Besi, pastikan juga pemakanan kita kaya dengan Asid Folik (Vitamin B9) dan Vitamin B12.

Ini kerana kedua-duanya ini sangat kritikal untuk penghasilan sel darah merah yang sihat. Bila sel darah merah sihat, tiadalah masalah HB rendah.

Jom jaga pemakanan dan banyakkan sayur hijau sebelum check up seterusnya.

Teman Hamil Anda,

Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

 

 

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.