Mengandung Minggu Ke-6 : Apa Yang Sedang Berlaku

Shares

Minggu keenam kehamilan menyaksikan perkembangan yang agak laju dalam pembentukan hidung, mulut dan telinga baby.

Kalau ibu boleh teropong dalam rahim, ibu mungkin akan nampak kepala baby lebih besar dari badannya dan ada bulat hitam tempat akan terbentuk mata dan hidung baby.

Baby juga umpama ada ekor di hujung badannya. Takpe, ekor ini akan hilang tak lama lagi.

Lekuk kecil tepi kepala menandakan telinga baru nak terbentuk.

Kaki dan tangan baby pula baru nak berbentuk seperti kapas kecil.

Credit gambar : motherandbaby.co.uk

Pada waktu ini jantung baby berdegup dalam kadar 100 hingga 160 kali dalam seminit, iaitu 2 kali ganda lebih laju dari jantung ibunya. Dah nak mula terbentuk 4 injap utama dalam jantung pada minggu ini.

Sel-sel organ penting yang lain seperti paru-paru dan hati (tempat buang toksin dalam badan) juga sedang mula tumbuh.

Perubahan Pada Ibu

Ibu mengandung biasanya dah tahu yang dirinya sedang hamil pada waktu ini.

Petanda mengandung paling biasa adalah moody. Sekejap ceria, tiba-tiba rasa nak marah-marah. Ini normal sebab hormon ibu mengandung memang agak haywire.

Petanda lain adalah seperti hilang selera nak makan dan loya sepanjang hari dari pagi sehingga malam.

Kadang-kadang kita risau, kan; kalau kita tak cukup makan, macam mana dengan baby dalam rahim, cukupkah nutrisi baby?

Jangan risau, semua yang ada dalam badan kita akan di ambil oleh baby terlebih dahulu, kemudian baru badan ibu ambil baki nutrisi yang tinggal.

Kalau ibu tak cukup nutrisi biasanya badan akan bagi signal untuk makan juga.

Untuk atasi masalah loya, cuba amalkan makan sedikit demi sedikit tetapi kerap.

Elakkan makanan berminyak dan banyakkan makan buah-buahan segar. Buah-buahan pun memang kaya dengan vitamin dan zat.

Biasanya masalah selera makan dan loya ini akan hilang sendiri menjelang trimester kedua. Bertahanlah sedikit sahaja lagi.

Kuatkan Sistem Imun Untuk Cegah Keguguran

Fasa trimester pertama biasanya merupakan fasa yang kena extra berjaga-jaga agar kesihatan baby tip top dan ibu tak mengalami keguguran.

Jadi sebaiknya masa fasa ini rajinkan diri untuk ambil Supplement Vitamin C untuk kuatkan sistem imun dalam badan supaya virus tak mudah menyerang baby dalam rahim.

Kalau ada selera, boleh lah amalkan makan buah oren yang kaya vitamin C.

 

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.