Makanan Yang Bagus Untuk Bantu Kecutkan Cyst Semasa Mengandung

Shares

Bila doktor sahkan ada ketumbuhan cyst masa scan baby, mesti kita risau kan? Takut adakah nanti mengganggu bayi dalam rahim dan takut juga adakah ianya sebuah kanser.

Semestinya kalau doktor cakap semua ok, jangan risau lah, tiada apa-apa yang perlu ditakuti.

Tapi kalau doktor cakap nak monitor tumbesaran cyst adakah lagi 2 minggu ianya membesar atau saiz tetap masih sama, masa ini kita perlu berhati-hati dengan pemakanan dan gaya hidup agar tak ter-tambah estrogen atau xenoestrogen dalam badan.

P.s : Xenoestrogen adalah bahan kimia merbahaya yang menyerupai estrogen. Ianya merupakan punca pelbagai penyakit kewanitaan seperti cyst, fibroid dan kanser.

Makanan Yang Bagus Untuk Ovarian Cyst

Kebanyakan penyakit asalnya adalah dari perut. Kalau sihat pemakanan, insya-Allah badan sihat sebab badan cukup zat dan nutrisi yang diperlukan terutamanya untuk mengelakkan penyakit dari bertandang.

Antara makanan yang bagus di amalkan untuk bantu mengecutkan cyst adalah termasuk :

1. Makanan yang tinggi anti oksidan

Cyst terbentuk disebabkan oleh terlalu banyak estrogen dan tak seimbang.

Estrogen yang terlalu banyak ini pula terhasil akibat pelbagai sebab termasuk lah pencemaran udara, berat badan berlebihan yang menyebabkan lemak ditukar kepada estrogen dan pemakanan yang semua nak segera.

Semua ini merupakan radikal bebas yang dimasukkan ke dalam badan. Radikal bebas ini perlu dineutralkan semula supaya cyst kembali mengecut.

P.s : Radikal bebas ini umpama air paip yang membuatkan besi berkarat. Jadi besi tadi petlu di lindungi supaya hilang karat.

Cara untuk neutralkan radikal bebas adalah dengan amalkan pemakanan yang kaya anti-oksidan.

Antara makanan kaya anti-oksidan termasuklah buah anggur, buah ceri, lobak ungu dan dark chocolate.

makanan kecut cyst

Credit gambar ke website steptohealth.com

2. Makanan berasaskan soya

Contohnya seperti tofu, tempe, sup miso, kacang soya, sayur cauliflower dan broccoli. Soya mengandungi phytoestrogen yang membantu mengawal kandungan hormon estrogen dalam badan.

3. Makanan kaya magnesium

Contohnya seperti kacang almond, pisang dan prune untuk mengurangkan rasa kejang yang disebabkan oleh ovarian cyst.

4. Makanan Kaya Omega-3

Juga penting untuk menyeimbangkan hormon estrogen yang berlebihan. Contoh makanan kaya Omega-3 adalah seperti ikan salmon.

Elakkan makanan seperti ikan yang bertoksik seperti sardin kerana toksik tersebut akan menyumbang kepada xenoestrogen.

Gaya Hidup Yang Kena Pantang Untuk Pesakit Cyst

Di samping amalkan pemakanan yang bantu untuk pengecutan cyst semasa mengandung, kita juga perlu mula ambil tahu makanan jenis yang macam mana yang menggalakkan pertumbuhan cyst dan menyebabkan cyst semakin membesar.

Biasanya makanan yang perlu pantang adalah makanan yang menyebabkan xenoestrogen bertambah.

1. Gula putih

Elakkan makanan yang terlalu manis atau tinggi kandungan gula putih. Gula putih secara amnya akan menyebabkan bacaan gula naik mendadak dalam darah. Bila bacaan gula dalam darah tak stabil secara tak langsung ia akan menyebabkan hormon tak stabil dan tak seimbang.

Untuk menggantikan gula putih, kita boleh amalkan gula perang atau madu.

2. Paraben

Paraben biasanya terdapat dalam kosmetik wanita. Paraben ini mempunyai bahan kimia yang menyerupai estrogen.

Walaupun kita tak makan kosmetik, tapi bila kita pakai kosmetik yang mengandungi paraben, ianya akan diserap masuk ke dalam kulit dan secara tidak langsung menaikkan kandungan estrogen dalam badan.

3. Turunkan berat badan

Untuk ibu mengandung memang normal berat badan akan bertambah sebab bayi sedang membesar.

Cuma pastikan berat badan kita adalah mengikut average berat badan yang klinik tentukan.

Biasanya kalau jaga makan supaya hanya makan yang sihat dan berkhasiat, insya-Allah berat badan walaupun mengandung akan terkawal.

Masalah jika berat badan melebihi average adalah lemak berlebihan akan ditukar menjadi estrogen dan menyebabkan cyst bertambah besar.

Ok lah cukup setakat ini perkongsian saya hari ini. Semoga memberi manfaat kepada ibu-ibu mengandung yang ada cyst.

Ceria-ceria selalu jangan risau-risau. Jaga pemakanan kita dan elakkan gaya hidup yang menyebabkan cyst membesar.

Teman Hamil Anda,

Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

One Response

  1. Dila 26 August 2017

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.