4 Jenis Makanan Punca Sakit Jantung

Penyakit jantung dan strok merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia sejak tahun 2007.

Selain faktor sejarah keluarga dan faktor umur,  jantina juga merupakan salah satu faktor seseorang itu berpotensi mengidap penyakit jantung.

Faktor-faktor di atas disebut sebagai risiko yang tidak boleh diubah.

Terdapat juga faktor yang menyebabkan sakit jantung, tetapi boleh di kawal

Ini termasuklah pengambilan diet yang tidak seimbang, pengambilan rokok, penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, kadar kolestrol di dalam darah yang tinggi serta obesiti.

makanan pantang untuk sakit jantung

Banyak Penyakit Berpunca Dari Perut

Kebanyakan faktor membawa risiko kepada penyakit jantung adalah seperti darah tinggi, kencing manis dan obesiti.

Semua ini bermula dengan pemakanan yang tidak sihat.

Bagi rakyat Malaysia sendiri, kita memang sangat sinonim dengan makanan yang tinggi garam, lemak dan gula.

Kalau kurang rasa kita dah membebel.

Tetapi itu semua turut menyumbang kepada berlakunya penyakit jantung yang tinggi di dalam negara kita.

Bukan sahaja boleh menyebabkan sakit jantung, malah ia juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit-penyakit yang boleh membunuh yang lain.

–> Jemput baca di sini tips jantung sihat untuk yang ada sejarah sakit jantung

4 Makanan Penyebab Sakit Jantung

Terdapat terlalu banyak makanan yang tidak sihat kini di pasaran.

Oleh kerana gaya hidup kini yang semua kena cepat, maka kebanyakan kita hanya beli makanan yang tersedia di pasaran seperti makanan segera.

Tetapi untuk mencari makanan makanan yang baik untuk jantung agak sukar.

Apa pun, sekiranya anda mampu mengelak makanan yang menjadi penyebab sakit jantung di bawah ini, ia amatlah baik.

Jom baca apakah makanan yang kita harus elak untuk mengekalkan jantung pada keadaan yang sihat.

#1 Makanan Tinggi Garam – Ia Menyebabkan Darah Tinggi

Ramai yang tahu garam menyebabkan tekanan darah naik, boleh kena darah tinggi.

Tetapi tidak ramai tahu darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan arteri mengeras dan menyempit sekaligus meningkatkan risiko penyakit jantung.

Kajian menunjukkan, seorang yang obesiti dan mempunyai tekanan darah tinggi adalah 61% lebih tinggi untuk mati akibat jantung daripada mereka yang mengambil kurang garam dalam makanan

Kebanyakkan daripada kita ambil garam lebih daripada sepatutnya. Mengikut rekomendasi daripada American Heart Association, pengambilan garam dalam sehari adalah hanya antara 1,500mg hingga 2,300mg.

Ia adalah lebih kurang 1 sudu teh garam sehari.

makanan penyebab sakit jantung

Garam yang terlalu banyak boleh menyebabkan darah tinggi berlaku

Kerepek kentang yang anda selalu makan biasanya mengandungi kandungan garam yang sangat tinggi.

Selain itu 3 contoh makanan lain yang tinggi garam termasuklah :

1/ Makanan di dalam tin

Sayuran amat baik untuk tekanan darah, tetapi bukan yang di dalam tin.

Bahan pengawet dan sos yang digunakan adalah tinggi garamnya.

Sebagai alternatif, cuba cari yang makanan dalam tin yang bertulis ‘no salt added’ atau ‘low sodium’ dan basuh betul-betul sebelum guna. Pilihan lain adalah, beli sahaja sayur segar.

 2/ Mi segera

Mi segera memang sedap, lebih-lebih lagi jika di makan sewaktu ia panas dan ketika cuaca pula sedang sejuk dengan gerimis hujan.

Tetapi anda perlu berhati-hati.

makanan penyebab sakit jantung

Berhati-hati dengan mi segera

Garam di dalam perencah mi segera adalah tinggi.

Alternatif untuk anda -masak sendiri dengan garam yang sedikit. Atau beli mi dan masukkan sendiri perencah buatan sendiri.

3/ Makanan Rapu (Junkfood)

Susah sangat untuk katakan tidak, tetapi makanan rapu memang tinggi kandungan sodiumnya (garam).

Kerepek kentang mempunyai 136mg sodium dan pretzel pula mengandungi 385mg sodium.

Walaupun di tulis pada paket itu ‘baked’ atau rendah lemak, kebiasaannya kadar sodiumnya sama tinggi.

Alternatif untuk anda – gantikan makanan rapu dengan buah-buahan seperti buah mangga atau betik sebagai snek harian.

4/ Sos, kicap dan ‘salad dressing’

Kadar garam di dalam kicap, sos dan ‘salad dressing’ adalah agak tinggi. Ini penting untuk mengekalkan rasanya.

Alternatif untuk anda adalah berpada-pada dalam menggunakan sos dan kicap, atau cuba buat sos sendiri.

#2 Makanan Tinggi Kolestrol – Kerana Ia Menyumbat Arteri

Jika anda mempunyai kadar kolestrol yang tinggi daripada biasa, ia boleh membentuk plak yang amat berisiko menyebabkan sakit jantung.

Dari manakah datangnya kolesterol?

Kolesterol datang dari makanan yang mempunyai kandungan kolestrol, lemak tepu dan lemak trans yang tinggi.

–> Ketahui petanda awal serangan jantung di sini

Jom tengok apa 3 contoh makanan yang boleh menaikkan kadar kolestrol di dalam darah.

1/ Krimer

Krimer merupakan punca lemak-trans yang bersembunyi atas nama : hydrogenated oil.

Lemak trans mampu meningkatkan kadar kolestrol dan menurunkan kadar ingatan orang dewasa yang berumur 45 tahun ke bawah (takutkan?)

makanan penyebab sakit jantung

Pilihan lain kepada krimer – tukar kepada susu atau minum je kopi kosong.

Anda juga digalakkan untuk bertukar kepada teh hijau tanpa gula.

2/ Ayam Goreng

Isi ayam memang baik untuk kesihatan.

Tetapi ayam goreng yang digoreng dengan minyak yang banyak dengan kulit dan lemaknya, nutrisi sudah bertukar. Boleh bayangkan jumlah lemak dan kolestrolnya yang tinggi?

makanan penyebab sakit jantung

Pilihan lain – anda boleh goreng ayam di dalam Air Fryer atau bakar di dalam oven.

3/ Marjerin

Marjerin kebiasaannya dibuat dengan separa hydrogenated oil, sumber lemak tans yang biasa.

Mungkin kita biasa dengan kaitan lemak trans dan sakit jantung.

Tetapi, tahukah anda, lemak trans ini juga mempercepatkan penuaan kulit dengan menjadikan kulit lebih alah kepada radiasi siaran UV?

makanan penyebab sakit jantung

Pilihan lain, gantikan dengan minyak sihat seperti minyak zaitun.

#3 Makanan Tinggi Gula

Tidak ramai yang tahu bahawa kencing manis meningkatkan  risiko sakit jantung.

Antara perkara penting untuk memastikan jantung anda sentiasa sihat adalah dengan mengekalkan kadar gula di dalam darah yang selamat.

Menurut Mayo Clinic, jika anda mengalami kencing manis, pengawalan pengambilan gula yang ketat akan membantu anda untuk menurunkan risiko diserang penyakit jantung.

makanan punca sakit jantung

Sudah pasti gula dan air berkarbonat akan meningkatkan kadar gula, tetapi mari saya kongsikan 4 jenis makanan  yang anda mungkin tidak perasan terdapat gula yang tinggi di dalamnya.

1/ Nasi Putih

Beras putih yang biasa mempunyai kesan yang tidak baik kepada kesihatan.

Di dalam satu kajian, lebih dari 35,000 orang yang mengambil beras putih adalah berisiko amat tinggi untuk menghidap penyakit kencing manis.

Karbohidrat di dalam beras putih boleh mingkatkan kadar gula di dalam darah.

Pilihan lain kepada beras putih adalah dengan mengamalkan beras perang atau beras merah kerana ia mempunyai serat yang tinggi.

2/ ‘Ice blended’

Kopi yang telah di’blend’ dengan sirap, gula, krim putar dan pelbagai lagi jenis topping mempunyai kalori yang amat tinggi.

Selain menaikkan kadar gula di dalam darah, kafein juga meningkatkan kadar tekanan darah anda.

Ini yang boleh menyebabkan anda menghidap penyakit kencing manis dan jantung serentak.

makanan punca sakit jantung

Sedap tetapi berbahaya

Pilihan lain, anda boleh ‘blend’ buah yang telah dibeku bersama sedikit susu.

3/ Sosej

Sosej yang biasanya kita ambil ketika sarapan boleh membahayakan hidup kita.

Ini kerana kebanyakan sosej mengandungi nitrat iaitu bahan yang digunakan untuk mengawet.

Nitrat ini akan mengganggu kebolehan badan kita untuk memproses gula dengan semulajadi, dan meningkatkan risiko kencing manis.

Lebih teruk lagi, makanan yang diproses kebiasaannya mengandungi kandungan garam yang tinggi. Tinggi garam, bertambahlah risiko sakit jantung.

#4 Makanan Yang Menaikkan Berat Badan

Masalah kegemukan dan buncit telah lama dikaitkan dengan penyakit jantung.

Ini kerana semakin banyak lemak yang disimpan di sekitar abdomen, maka semakin tinggi lah tekanan darah dan kadar gula di dalam darah dan kolestrol.

Bila tekanan darah naik, ia akan membuatkan anda lebih mudah terdedah kepada serangan sakit jantung.

makanan penyebab sakit jantung

Ketahui tiga jenis makanan yang menjadi pembesar perut di bawah:

1/ MSG (bahan perasa)

MSG adalah bahan perasa yang digunakan dalam masakan yang meningkatkan selera makan dan menyebabkan badan akan mengepam keluar insulin (hormon penyimpanan lemak).

Pendek kata, pengambilan MSG secara kerap akan menyebabkan berat badan kita akan meningkat dan terus meningkat.

Pilihan lain untuk anda – gunakan bahan-bahan seperti cili, daun limau purut, kulit kayu manis dan seumpamanya sebagai perasa untuk masakan anda. Ia lebih sihat berbanding MSG.

2/ Jus Buah Yang Dikotakkan

Buah memang baik.

Tetapi tahukah anada, jus buah yang dikotak atau dibotolkan mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Gula diperlukan untuk memastikan jus tersebut tahan lama.

makanan penyebab sakit jantung

Pilihan lain untuk anda – cari jus buah yang tiada gula tambahan atau buat sahaja jus buah sendiri tanpa gula.

3/ Kentang Goreng

Kentang goreng biasanya adalah kegemaran anak-anak kita.

Tetapi ia boleh meningkatkan risiko kepada sakit jantung sebanyak 3 kali ganda.

Kentang goreng adalah tinggi kandungan garam, tinggi kandungan lemak dan mengandungi karbohidrat yang menaikkan kadar gula di dalam darah.

Pernah ada satu kajian menunjukkan, peminat kentang goreng mengalami peningkatan berat badan 7 kg dengan hanya makan kentang goreng.

Susah Mahu Jaga Makan Supaya Tidak Kena Sakit Jantung?

 

Pantang makan makanan di atas bukan lah bermaksud langsung tak boleh sentuh.

Dalam zaman sekarang ya, semua pun perlu cepat dan segera.

Setiap hari anda pasti terkejar-kejar untuk hantar anak ke sekolah, kemudian masuk pejabat dan terkejar-kejar lagi untuk ambil anak sekolah; belum masuk stuck di dalam kesesakan jalan raya – kadangkala situasi memang memaksa untuk pilih makanan segera atau makanan sejuk beku.

Cuma berpada-pada lah dalam mengambil hidangan setiap makanan.

Sediakan bahan masak siap-siap

Anda dah boleh usaha untuk sedikit demi sedikit berubah kepada pilihan yang lebih sihat – iaitu masak sendiri atau sediakan bahan masakan pada waktu hujung minggu untuk digunakan terus pada waktu hari kerja yang sibuk.

Bak kata orang tua-tua, siapkan semua dan kemudian tinggal mahu lebur saja dalam kuali.

Banyakkan bersenam

Banyakkan senaman untuk pastikan otot jantung sentiasa tegang dan pengaliran darah ke jantung dan dari jantung ke organ-organ lain sentiasa lancar.

Kalau tiada masa sangat untuk bersenam, anda boleh amalkan parking kereta di tempat yang jauh dari pintu masuk pejabat dan jalan kaki lebih kurang 5-10 minit.

Supplement cegah sakit jantung

Anda juga digalakkan untuk amalkan supplement Vivix untuk mengelakkan pembentukan plak akibat pemakanan yang kurang sihat.

–> Klik link untuk ketahui apa itu Vivix

–> Anda juga pasti nak tahu 10 soalan lazim yang kerap ditanya mengenai Vivix

Namun begitu supplement Vivix bukanlah merupakan tiket untuk pemakanan tidak sihat, cuma anda pun tidak pasti perkembangan terkini plak kolesterol di dalam salur darah jantung.

Plak ini ambil masa bertahun-tahun sebelum ia pecah dan menyebabkan serangan sakit jantung.

–> Baca juga di artikel ini tentang bagaimana plak kolsterol boleh menyebabkan serangan jantung

Jika anda mempunyai sejarah ahli keluarga terdekat ramai yang pernah terkena serangan strok dan sakit jantung, pengambilan supplement ini adalah sangat penting.

makanan penyebab sakit janutng

Vivix mengandungi Polyphenol.

Polyphenol di dalam Vivix berperanan untuk mencegah oksidisasi kolesterol dari makanan yang anda makan.

Kolesterol inilah yang biasanya membentuk plak yang membuatkan saluran darah sempit dan mula tersumbat.

Saya sarankan untuk permulaan, ambil 2 botol Vivix terlebih dahulu. Kebiasaannya botol pertama adalah tempoh untuk serasikan badan dengan Vivix.

Masuk botol kedua, insya-Allah anda akan mula nampak perubahan dari segi rasa lebih cergas dan tidak lah terlalu mengidam makanan rapu.

Cara untuk dapatkan Vivix

2 botol Vivix hanya bernilai RM 1,007 sahaja. Anda boleh tempah sendiri dengan cara klik link tempah 2 botol Vivix ini.

Atau anda boleh dapatkan penjimatan dengan menghubungi saya :

SITHY HARJIEAH
WHATSAPP : 012 887 9897
SHAKLEE ID : 919085

No Responses

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.