Latihan Untuk Bersalin Tenang : Breathing Semasa Braxton Hicks

Shares

Bila dah masuk trimester ketiga, normal lah kita akan selalu rasa perut mengeras. Kalau ibu yang mengandung anak kedua atau ketiga biasanya akan rasa lebih awal dari itu.

Perut yang kadang-kadang mengeras sebelum tempoh matang baby (37 minggu) adalah dikenali sebagai Braxton Hicks Contraction

Braxton Hicks ini juga dikenali sebagai Practice Labor.

Sebab apa?

Masa ini lah dikira latihan terbaik untuk kita praktis breathing just follow the wave.

Di waktu Practice Labor ini, rahim kita akan menekan baby, waktu ini baby memerlukan oksigen dari ibunya.

Ibu perlu tarik nafas dalam-dalam supaya baby dapat oksigen yang diperlukan semasa rahim contract.

Tapi kalau ibu panik, badan kita akan masuk mode defensive dan automatik oksigen akan cut-off dan menyebabkan masalah kepada ibu atau baby.

Sebab itu siapa yang bersama ibu semasa bersalin sangat memainkan peranan penting.

Mereka tak boleh sesekali pressure ibu yang sedang in labor. Tapi mereka perlu sentiasa pastikan emosi ibu tenang dan terkawal.

Masa ini emosi ibu sangat fragile dan emosi ini lah yang membantu kelahiran baby yang selamat, sihat dan gembira.

Masa tempoh mengandung ini, kalau ada sesiapa buat ibu rasa marah, tak tenang, rasa tak selamat atau rasa takut; minta individu tersebut tak hadir masa nak bersalin nanti.

Kalau boleh, cuba request minta nurse yang ibu dah biasa supaya nurse tersebut boleh attend ibu semasa bersalin; bukan nurse lain yang random.

Praktis pernafasan semasa Practice Labor, Latihan Untuk Bersalin Kurang Sakit

Masa perut mengeras, kita tarik nafas dalam-dalam dengan perlahan, tutup mata dan bayangkan rahim sedang mengembang.

Pastikan mulut sentiasa tersenyum sebab bila senyum, rahim kita akan lembut. Kalau berkerut dahi atau masamkan mulut, rahim kita agak keras nak terbuka.

Selagi wave (perut mengeras) tersebut belum habis, selagi itu kita perlu sambung tarik nafas.

Jadi untuk masa latihan ini cuba cari video yang membantu kita untuk visualise semasa tarik nafas untuk divert attention kita.

Senyum. Close your eyes. You can stand or sit, or dance; any position you feel comfortable.

Saya suka explore video YouTube bertemakan Birth Affirmation.

1/ Bayangkan Kelopak Bunga

Contohnya seperti video yang menggambarkan kelopak bunga sedang terbuka perlahan-lahan. Fokus kepada kelopak bunga tersebut.

Andaikan ianya adalah pintu rahim kita yang terbuka sedikit demi sedikit.

2/ Buat Kiraan Bersama

Ada juga video yang buat kiraan untuk kita follow kiraan tersebut. Masa tarik nafas kan sesetengah antara kita memang lebih mudah ikut bila ada instructor.

Contohnya masa tarik nafas untuk warm-up sebelum bersukan, biasanya coach kat depan akan kira sama-sama, jadi kita pun mudah ikut.

Apa-apa pun, semuanya mengikut preference masing-masing.

Video hanyalah salah satu tools untuk memudahkan sesi latihan breathing ibu.

Bagi saya breathing during surges ini antara latihan paling penting sebelum really in labor sebab waktu begini lah yang kebiasaannya ibu-ibu tak tahan.

Tak tahan kita bukanlah sebab kita jenis tak kuat atau tak tahan sakit, tapi sebab tak cukup berlatih semasa Practice Labor.

Jadi jom mula praktis. Boleh praktis semasa Practice Labor belum datang. Cuba tarik nafas selama 20-30 saat dengan interval 2-5 saat.

Insya-Allah masa Practice Labor nanti kita boleh adjust dan Insya-Allah masa in real labor nanti, kita dah mahir dan boleh handle the wave with ease, smile and focus.

P.s : Untuk belajar praktikal breathing yang betul, saya sarankan anda untuk sertai Kelas HypnoBirthing. Anda boleh klik mana-mana website di bawah untuk sertai kelas dari certified practitioner :

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.