Konsep Gentle Natural Birth

Shares

Gentle Natural Birth bukan lah ibu menyerah diri kepada pihak perubatan sejurus dah rasa nak bersalin.

Tetapi ia lebih kepada ibu lengkapkan diri dengan ilmu bersalin, belajar apa yang sedang berlaku dalam badan semasa labor happens- contohnya kalau A terjadi adalah kenapa dan bagaimana perlu buat, belajar posisi terbaik untuk bersalin dan seumpamanya.

Ia lebih kepada sesebuah keputusan yang ibu tersebut ambil adalah sebab beliau faham, tahu dan beliau sentiasa bersedia.

Informed choice.

Ibu yang begini biasanya tak akan sembarangan memilih Gynae untuk sambut kelahiran baby.

Alhamdulillah 2-3 tahun ini semakin ramai Gynae mesra konsep Gentle Natural Birth. Contohnya :

Tak paksa atau suruh induce apabila bukaan 1 cm tapi tiada progress

Beri kebebasan kepada ibu untuk bersalin mengikut posisi yang ibu rasa selesa, tak semestinya berbaring.

Menasihati ibu untuk berdiri atau duduk mencangkung untuk bersalin sebab posisi begini lebih cepat dan mudah untuk baby keluar tanpa komplikasi 

Guide ibu supaya tak push semasa baby nak keluar, sebaliknya guide ibu untuk breath out

Saya masa baca birth story terkini dalam Group Gentle Birthing Malaysia agak kagum dengan perkembangan terkini dunia Gynae.

Saya tak kongsikan amazing birth story di sini, tapi boleh click untuk join Facebook Group tersebut jika anda tercari-cari komuniti ibu mengandung yang nak bersalin secara Gentle Natural Birth.

Namun begitu Gentle Natural Birth bukanlah homebirth.

Ianya macam kita belajar konsep matematik.

Bila kita dah belajar dan faham konsep matematik contohnya konsep tambah tolak, bila cikgu bagi soalan twisted macam mana pun, mesti kita boleh jawab, kan.

Gentle Natural Birth lebih kurang begitu cuma ianya adalah hanya lah konsep bersalin.

Bila kita dah faham dan tahu konsep, kita akan bebas memilih nak bersalin di mana-mana dan tak mudah panik what if terbersalin dalam kereta atau semasa di shopping mall.

Sebabnya kita dah tahu konsep, jadi nothing matters.

Gentle Natural Birth boleh dilakukan di mana-mana yang kita mahu.

Insya-Allah saya akan kongsikan di lain masa mengenai senarai Gynae yang amalkan Gentle Natural Birth di hospital untuk memudahkan anda buat pilihan Gynae yang bakal menyambut bayi anda.

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.