Kesilapan Pertama Penyusuan Yang Mesti Elak

Shares

Selepas bersalin ada ibu yang bertenaga, tapi ada juga ibu yang rasa lemah tak bermaya.

Yang lemah tak bermaya ni kadang-kadang tu hanya nak rehat sahaja sebelum jumpa baby.

Tapi baby nak menyusu. Kita pula semasa mengandung dah berazam nak kasi susu badan.

Elakkan : Bagi susu menggunakan botol.

Untuk win-win situation di sini, kita boleh bagi susu perah kepada baby sementara kita bertenaga semula untuk pegang dan direct feed baby.

Perah susu menggunakan pam susu atau tangan. Kemudian minta pembantu atau nurse bagi susu kepada baby menggunakan cawan atau sudu.

Jangan sesekali bagi susu perah menggunakan botol susu walaupun susu tersebut adalah susu badan.

Sebabnya nanti baby mengalami masalah nipple confusion.

Bila baby dah mula terbiasa menggunakan botol, lain masa bila kita nak direct feeding, baby dah menolak sebab hisap botol lebih mudah berbanding direct feeding dengan ibu.

P.s : Susu kita pula lebih banyak keluar dengan mudah bila baby yang hisap, berbanding bila kita pam.

Jadi nak tak nak kita memang perlukan baby untuk hisap susu supaya keluar, bila kita dah mula ada tenaga.

Jadi bila pula masa terbaik nak bagi baby minum susu menggunakan botol?

Tak dinafikan nanti bila dah sampai masa untuk hantar baby kepada pengasuh, nak tak nak kita terpaksa juga izinkan baby menggunakan botol susu.

Jadi masa bila nak bagi botol susu adalah masa kita dah hampir habis cuti pantang dan bakal serahkan baby untuk dijaga oleh pengasuh.

Tapi sepanjang baru bersalin dan tempoh pantang, sebaik-baiknya usah kenalkan dulu dengan menyusu menggunakan botol.

Cawan macam mana yang sesuai untuk bagi susu kepada baby?

Cawan kecil yang macam mana pun ok asalkan cawan.

Bila menggunakan cawan, baby akan belajar adjust telan susu tanpa tersedak.

Begitu juga apabila menggunakan sudu.

Sudu kecil plastik pun dah cukup. Asalkan boleh suap sedikit demi sedikit ke dalam mulut baby, ok dah.

Hati-hati apabila menyuapkan susu agar baby tak tersedak.

Ok keypoint hari ini adalah elakkan kenalkan botol susu kepada baby sebelum baby hisap susu direct dari ibunya.

Have a joyous pregnancy & selamat belajar ilmu breastfeeding!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.