Kenapa Vagina Ibu Mengandung Mula Membengkak Pada Trimester Kedua?

Shares

Perkara sebegini ramai yang segan nak tanya. Tapi ianya berlaku dan kadangkala mengganggu hubungan suami isteri.

Kalau yang jenis light, ia di panggil Vaginal Varicose Vein. Iaitu salur darah di vagina membengkak.

Ada wanita mengalami masalah vagina membengkak sekaligus keluar banyak keputihan berwarna yang buat rasa gatal.

Fenomena ini pula dikenali sebagai Cheeseburger Crotch.

Masalah vagina membengkak semasa hamil adalah normal.

Ianya berlaku disebabkan oleh kandungan semakin membesar dan menekan bahagian vagina.

Ia juga disebabkan oleh masalah pengaliran darah yang kurang lancar.

Ini berlaku disebabkan oleh darah semakin bertambah sebab nak supply untuk baby dan ibu, tapi pengaliran darah semakin perlahan.

Maka salur darah pun mula blocked dan terjadi lah masalah seperti vagina membengkak dan rasa tak selesa di bahagian tersebut.

Biasanya masalah ini akan hilang selepas bersalin.

Cara Atasi Vagina Bengkak Semasa Trimester Kedua

Vagina membengkak semasa trimester kedua dan seterusnya adalah disebabkan oleh pengaliran darah di bahagian tersebut kurang lancar.

Credit gambar : rjeem.com

Maka untuk kurangkan bengkak di vagina, ibu-ibu boleh cuba langkah-langkah berikut untuk bantu melancarkan semula pengaliran darah :

#1: Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk terlalu lama.

Tukar-tukar posisi sama ada sekejap berdiri dan sekejap duduk untuk merangsang pengaliran darah yang baik.

#2: Elakkan pemakaian kasut tumit tinggi.

Kasut yang flat lebih baik untuk pengaliran darah yang sihat.

#3: Elakkan duduk silang kaki

#4: Banyakkan berjalan kaki

#5: Tidur secara mengiring.

Rahim kita semakin membesar. Apabila kita tidur terlentang, rahim ada kemungkinan besar menghimpit organ-organ utama dalam badan.

Ia juga membuatkan salur darah terhimpit san secara tak langsung mengganggu kelancaran pengaliran darah.

Bila darah tak mengalir lancar, urat mudah blocked dan menyebabkan vagina bengkak.

Oleh itu, ibu mengandung di sarankan untuk tidur secara mengiring.

Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.