Kenapa Tiba-tiba Rabun Semasa Mengandung

Shares

Rabun semakin tinggi semasa mengandung adalah salah satu perkara normal yang berlaku kepada ibu mengandung.

Jangan risau, ianya akan hilang lebih kurang 6 bulan selepas bersalin.

Kalau nak tukar power cermin mata pun tak digalakkan pada masa ini sebab rabun ini akan berubah-ubah.

Kalau nak buat Lasik, lagi lah tak digalakkan sebab lepas bersalin, mata kita akan kembali kepada power asal.

4 Sebab mata jadi semakin rabun semasa mengandung

Ada banyak sebab sebenarnya.

#1: Sembab air

Sebagai contoh, sembab air yang buat kaki kita bengkak tu, ianya juga mengganggu ketebalan dan cembung kornea mata.

Untuk kurangkan sembab (water retention) ini, selalu-selalu lah letak kaki tinggi sikit dari lantai. Kalau tidur, kaki kita letak atas bantal tinggi sikit.

#2: Pening-pening

Pening-pening semasa mengandung adalah disebabkan oleh darah tidak disalurkan dengan baik kepada otak.

Pengaliran darah yang terganggu ini juga boleh menyebabkan rabun mata ibu mengandung bertambah.

#3: Darah Tinggi (Pre-eclampsia)

Darah tinggi atau pre-eclampsia juga boleh menyebabkan retina membengkak yang secara tak langsung menyebabkan rabun bertambah buruk.

#4: GDM ( Gestational Diabetes)

Kencing manis yang hanya muncul semasa mengandung (GDM) juga boleh menyebabkan rabun.

Ini disebabkan oleh glukos yang tergantung di bahagian kanta mata dan menyebabkan perbezaan pada kornea mata yang menyebabkan rabun jadi tinggi.

Apa perlu kita buat untuk kurangkan rabun semasa mengandung?

Kebanyakan sebab mata rabun semasa mengandung berkaitan dengan kesihatan kita.

Jaga pemakanan kita, jaga gaya hidup Insya-Allah tak teruk sangat rabun masa mengandung.

Selain itu kurangkan penggunaan gadget pun boleh membantu. Sebabnya bila kerap guna gadget atau hadap PC atau laptop, mata kita cepat kering.

Bila mata kering, rabun pun datang.

Enjoy your pregnancy!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Sumber :

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.