Kenapa Susu Saya Sedikit Semasa Baru Bersalin?

Shares

Semua wanita dianugerahkan oleh Allah hormon yang lengkap untuk menghasilkan susu. Hatta nenek tua yang dah menopause pun, kalau rangsang penghasilan susu, susu badan akan terhasil.

Susu badan akan mula tercetus sejurus baby keluar melalui laluan vagina. Macam ada suis, baby lalu je, sel-sel penghasilan susu akan mula bekerja untuk hasilkan susu.

Tapi tak kurang ibu-ibu baru bersalin mengeluh kenapa susu mereka sedikit semasa baru bersalin.

Ada yang tertanya-tanya kenapa susu mereka tidak memancut-mancut putih seperti yang mereka sangka kan.

Sebenarnya masa kita baru bersalin baby, perut baby masih sangat kecil.

Badan kita dah di cipta dan di design untuk hasilkan susu betul-betul mengikut spesifikasi saiz perut baby.

Kalau perut baby kecil, kuantiti susu pun sedikit sahaja.

Credit gambar : mamatheexplorer.com

Kenapa susu awal kelahiran tidak putih

Susu di awal kelahiran baby biasanya berwarna kuning keemasan dan sangat pekat. Fasa susu ini dikenali sebagai kolostrum.

Kolostrum juga dikenali sebagai titisan susu emas sebab ianya sangat kaya dan pekat dengan nutrisi dan vitamin yang diperlukan oleh baby yang baru lahir.

Oleh kerana ia pekat, ia akan cepat buat baby baru lahir kenyang. Dan oleh kerana saiz perut baby sangat kecil, kolostrum pun memang dihasilkan oleh badan kita dengan kuantiti yang sedikit.

Habis tu kenapa baby saya masih menangis selepas dah bagi minum susu badan?

Baby baru lahir menangis ada banyak sebab. Bukan semata-mata sebab lapar sahaja.

Bayangkan dah 9 bulan duduk dalam rahim ibu yang selesa, tak pernah berenggang dengan bunyi jantung ibu; tiba-tiba selepas dilahirkan, baby terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan baru.

Kadang suhu sekeliling terlalu sejuk atau terlalu panas, baby tak selesa, jadi baby menangis.

Lagi pula selepas dilahirkan, baby dah bukan satu entiti dengan ibunya. Kalau ibu baby nak ke toilet, kena tinggalkan baby sekejap.

Baby tak biasa sebab semasa dalam rahim, sepanjang masa baby dengar degup jantung ibu. Jadi bila baby ditinggalkan, baby rasa tak selamat dan baby pun menangis.

Yang pasti, baby menangis bukan hanya sebab lapar nak menyusu.

Happy Breastfeeding!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.