Kenapa Kita Rasa Sakit Semasa Bersalin? Bolehkah Bersalin Tanpa Sakit Tanpa Bantuan Painkiller?

Shares

Normal masyarakat kita di ‘educate’ dengan bersalin itu sakit. Bersalin itu payah. Umpama tulang-tulang dalam badan ibu dipatah-patahkan.

Asbab itu dan juga sebab tengok sakitnya kakak ipar saya bersalin anak pertama, saya tercari-cari teknik bersalin tanpa sakit tanpa menggunakan epidural.

Alhamdulillah Allah temukan saya dengan Kelas HypnoBirthing.

Apa yang saya belajar dari licensed practitioner ini adalah, bersalin jadi sakit bila kita ada rasa takut. Kalau tak takut, kita tak berapa rasa sakit.

Bukanlah pula main berani, cuma when we know how birth works & aware that giving birth is normal activity, fear will not step in.

Pengalaman ObGyn Dr Dick-Read, Penulis Childbirth Without Fear

Dalam buku HypnoBirthing, The Mongan Method; seorang pakar bidan iaitu Dr Dick-Read agak terkejut bila dapati majoriti ibu di kawasan  luar bandar yang bersalin, bersalin dengan sangat tenang tanpa jerit dan tanpa menggunakan apa-apa painkiller.

Bahkan ada ibu yang Dr Dick-Read offer painkiller, tapi ibu tersebut menolak. Lepas bersalin, doktor tersebut tanya, kenapa dia tolak painkiller?

Ibu tersebut dengan jujur bagitau; “Sebab tak sakit. It wasn’t supposed to, was it, Doctor?”

Kontra dengan ibu-ibu bersalin di kawasan bandar yang bersalin di hospital, majoriti ibu-ibu di sini bersalin dengan penuh jeritan rasa sakit.

Dr Dick-Read tertanya-tanya, apa beza ibu yang bersalin di luar bandar dan di bandar ini?

Satu kesimpulan yang beliau jumpa adalah : Fear.

“They didn’t bring with them – Fear”

Majoriti mindset ibu-ibu yang bersalin di luar bandar adalah, bersalin adalah tak sakit. It wasn’t supposed to, right? Asbab itu majoriti mereka yang bersalin kelihatan tenang dan melahirkan baby dengan mudah walaupun ada yang beliau attend masa tu, ibu tersebut sedang bersalin di dalam situasi peperangan.

Fear dalam bahasa melayu adalah rasa takut.

Dr Dick-Read buat kajian tentang ini. Beliau akhirnya dapati yang bila tiada rasa takut, kita tak rasa sakit.

Bagaimana Emosi Takut Membuatkan Ibu Rasa Sakit

Rasa takut yang datang akan menyebabkan salur darah dalam rahim mengecut dan menjadi tense, secara tak langsung membuatkan rasa sakit.

Tapi tanpa ada sebarang rasa takut, otot rahim akan lebih relax, rahim boleh menipis secara semulajadi dan tubuh boleh mengeluarkan baby tanpa perlu di ‘push’

P.s : Alhamdulillah kelahiran Maryam dan Hannah pun saya tak push. Memang it works.

Rasa takut ini biasanya datang dari kata-kata orang sekeliling. Yang biasa sekali adalah mindset oleh ahli keluarga kita. Ahli keluarga adalah yang paling dekat dengan kita.

Endorphin – Hormon Penenang Semulajadi

Bila tiada rasa takut dan stress, kajian menunjukkan yang tubuh kita boleh hasilkan sejenis hormon penenang yang sangat hebat, iaitu dikenali sebagai Endorphin.

Hormon ini adalah hormon semulajadi yang dikatakan 200 kali lebih hebat dari dadah buatan manusia yang dikenali sebagai morphin.

Endorphin membantu ibu yang sedang bersalin untuk fokus di alamnya sendiri, berhubung dengan baby dan tubuh yang sedang in labor untuk bersalin secara semulajadi tanpa sakit.

P.s : Sungguh betul, bila kuasai teknik ini, saya sendiri alami rasa in my own world while in labor. Memang perlu fokus follow the body’s beautiful rhythm. Cuma saya masih perlukan situasi yang tenang dan tanpa gangguan.

Kajian Dr Dick-Read telah menjadi asas kepada 2 gerakan kelahiran iaitu Lamaze Method dan Bradley Method (sebelum ini dikenali sebagai Husband-Coached Method)

Tulisan Dr Dick-Read juga boleh didapati dari buku beliau bertajuk ‘Childbirth Without Fear’.

Jadi, langkah pertama untuk bersalin tanpa sakit adalah buang rasa takut terhadap sebuah kelahiran.

Untuk buang rasa takut ini, kita perlu belajar macam mana sebuah kelahiran itu terjadi dan identify dari mana kita mula rasa takut dengan sebuah kelahiran.

Insya-Allah saya akan kongsikan lanjut dalam penulisan seterusnya.

Sementara itu, jika anda berminat untuk sertai kelas HypnoBirthing bersama licensed practitioner, anda boleh ke mana-mana website berikut :

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.