Kenapa Ibu Mengandung Mimpi Pelik-pelik

Shares

Biasa tak masa mengandung terutamanya masuk trimester kedua, ibu mula mimpi pelik-pelik. Kadang tu rasa risau nak tidur sebab takut mimpi walaupun dah baca doa sebelum tidur.

Saya alami perkara ini. Kalau tak tahan sangat, sebelum tidur saya tambah doa supaya mimpi jenis macam mana yang saya dapat.

Punya lah cuak kan.

Sebenarnya bila kita mengandung, hormon dalam badan dah jadi kurang stabil. Hormon progesterone lebih dari biasa.

Kita mimpi-mimpi pelik-pelik tu biasanya sebab terlalu banyak fikir, risau macam-macam perkara dan memang sebab hormon tak stabil.

Kalau tak pregnant pun kita banyak fikir, dah pregnant bertambah lah benda nak fikir, kan.

Esok nak masak apa. Kenapa perut tadi rasa keras semacam. Nanti baby ni lahir nak hantar pengasuh mana. Nak pantang kat mana. Dan pelbagai lagi.

Itu belum lagi kalau kita jenis ikuti perkembangan semasa di akhbar, di Facebook dan Instagram. Mesti bertambah-tambah hal yang serabut dalam minda kita.

Semua kerisauan ini berkumpul dan masa tidur berubah menjadi sebuah mimpi yang pelik.

Jadi untuk atasi masalah mimpi pelik masa tidur; selain baca ayat kursi, surah al-ikhlas, surah al-falaq dan surah an-nas; baca juga doa supaya kita dapat mimpi yang menggembirakan atau langsung tak mimpi apa-apa.

Ada masalah susah nak tidur?

Cuba amalkan 6 tips untuk ibu mengandung yang susah nak tidur ini.

Have a sweet dreams!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755
Whatsapp : 019 477 3457

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.