Kenapa Ibu Mengandung Kerap Rasa Panas Badan?

Shares

Semakin baby membesar, semakin banyak ia hasilkan haba melalui pergerakan-pergerakan dalam rahim. Dan satu-satunya cara untuk lepaskan haba dari baby ini adalah melalui sistem kardiovaskular ibu.

Hasilnya, jumlah darah ibu dan kadar metabolisma ibu meningkat. Ini menyebabkan ibu mengandung ada yang rasa panas semacam.

Walaupun ia normal, ibu mengandung yang kerap rasa panas perlu ambil langkah berjaga-jaga agar badan tak terlalu panas.

Ini untuk menyokong pertumbuhan baby yang baik, mengelakkan kelahiran pra-matang dan juga mengelakkan ibu mengalami dehidrasi yang mengganggu kesihatan ibu dan baby dalam rahim.

Ada ibu kalau boleh nak duduk depan aircond sepanjang masa sebab nak kasi sejuk badan. Selain dari itu, ibu-ibu boleh cuba :

1/ Minum air masak banyak-banyak

Amalkan minum air masak lebih dari yang selalu, supaya badan kekal terhidrat. Tak lah kering.

Kalau kering, bertambah panas badan kita.

Kalau boleh minum air masak sehingga bila kita buang air, warna air kencing menjadi jernih. Warna air kencing adalah petanda terbaik untuk pastikan adakah betul-betul badan kita terhidrat atau tidak.

Kalau warna jernih, insya-Allah cukup dah air masak yang kita minum tu.

2/ Pakai pakaian dari material yang sejuk dan tidak panas

Lebih-lebih lagi di negara kita yang sentiasa panas, kalau keluar rumah, elakkan pakai pakaian berwarna gelap kerana ia menyerap haba. Melainkan kita pergi ke shopping mall yang bertutup.

Pakai pakaian yang selesa dan longgar untuk menggalakkan pembebasan haba dari badan.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.