Kenapa Ibu Mengandung Kerap Letih?

Shares

Semasa mengandung, memang normal ibu mengandung kerap rasa letih dan kadangkala rasa macam nak pengsan walaupun langsung tak buat kerja berat.

Ini kerana badan ibu sedang bekerja keras untuk menyokong perkembangan bayi yang sedang membesar dalam rahim.

Bayi semasa trimester pertama akan membesar dengan sangat pantas kerana pada tempoh ini terciptanya organ-organ penting seperti jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Jadi boleh bayangkan badan kita nak kerja keras ‘buat bayi’ dah tentu mengambil banyak tenaga ibu.

Ada ibu masih aktif. Tapi ramai juga ibu yang sentiasa rasa letih dan mengantuk.

Untuk atasi masalah cepat letih dan cepat pancit ini, ibu disarankan untuk tingkatkan pengambilan makana berzat dan berkhasiat.

Kalau nak lebih baik, amalkan supplement mengandung.

Kenapa penting segala zat dan supplement ini?

Badan ibu akan tarik segala zat dari makanan ibu untuk bagi kepada bayi terlebih dahulu. Mana-mana sisa saki baki nutrien dan vitamin, baru lah akan digunapakai untuk badan ibu sendiri.

Kalau ibu tak cukup vitamin, semua vitamin di ambil oleh bayi; maka jadi lah fenomena ibu cepat letih, kerap mengantuk dan kadangkala rasa macam nak pengsan.

Badan ibu tak cukup vitamin dan zat untuk tampung 2 tubuh serentak.

Bukan banyakkan makan sebarangan tau.

Tapi banyakkan makanan berkhasiat yang mengandungi pelbagai zat, vitamin dan mineral di samping amalkan supplement mengandung.

Supplement mengandung penting untuk tampung kekurangan zat dan vitamin dari makanan ibu yang banyak hilang akibat pencemaran udara, tanah dan pemanasan (sebab goreng dalam minyak panas)

Elakkan makanan yang menyebabkan kehilangan zat, vitamin dan nutrien seperti pengambilan gula putih yang berlebihan, air manis dan kafein.

Ini semua akan menyerap banyak bendalir dari badan ibu. Terlalu banyak gula juga menjadi penyebab toksin dalam badan ibu yang secara tidak langsung menyebabkan ibu akan sangat cepat letih.

Khadeejah Hasmad
Untuk dapatkan Supplement Mengandung Shaklee, hubungi saya di:
019 477 3457

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.