Kenapa Berlaku Pendarahan Semasa Kehamilan : Trimester Pertama

Shares

Biasanya jika ibu hamil mengalami pendarahan, kita memang akan mula risau. Pendarahan pada trimester pertama berlaku atas banyak sebab.

Buat pemeriksaan doktor untuk pastikan kenapa pendarahan anda berlaku.

Antara 3 sebab pendarahan sewaktu Trimester Pertama :

🧣(1) Kehamilan luar rahim

Ia berlaku di tiub fallopio dan dikenali sebagai ectopic pregnancy.

Pendarahan ini berlaku disebabkan oleh kandungan semakin membesar. Jika dibiarkan, ia boleh memecahkan tiub fallopio ibu.

Biasanya jika ini berlaku, pasangan akan dinasihatkan untuk jalani pembedahan buang kandungan kerana ia merisikokan ibu.

🧣(2) Keguguran

Pendarahan merupakan salah satu petanda keguguran sedang berlaku.

Kebiasaannya ia turut diiringi rasa sakit di abdomen perut. Sakit macam period pain.

🧣(3) Implantation bleeding

Ini adalah sesuatu yang tidak perlu dibimbangkan.

Maksud implantation bleeding adalah semasa embryo dalam proses menempel dalam rahim ibu, ia menyebabkan dinding rahim menjadi sedikit berdarah.

Umpama kita kuis tanah sikit untuk tanam pokok.

Credit Gambar : MedicalNewsToday.com

Apa keadaan pun, jika anda telah mula mengalami pendarahan semasa mengandung, buat pemeriksaan dengan secepat mungkin.

Khadeejah Hasmad

019 477 3457

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.